Sunday, June 23, 2013

Diet untuk orang alregi besi : Nickel diet

Aku alergik besi. Besi seperti brooch, besi pada jam, besi pada gelang. Semua tu aku tak boleh pakai. Lepas pakai confirm gatal2 dan macam ruam. So semua benda yang berkaitan besi memang tiada di badanku. Tapi satu je besi yang aku da immune. Safety pin so boleh pakai bila pakai tudung.

Selama 20 tahun hidup kat bumi ni, aku takde masalah atau alergik dengan sebarang makanan. Selain besi, aku juga tak ada masalah alergik yang serius selain besi. Sehinggalah dalam umurku lebih kurang 22 tahun, tiba2 badanku dilanda alergik yang agak dasyat. Masa mula2 datang tu, aku tengah join program bakti siswa di sebuah kampun di Dungun. Makin lama, kegatalan tu makin bertambah. Sapu la cream2 ruam tapi tak jalan. Lama la juga sebelum aku decide jumpa pakar kulit di sebuah Klinik di Bandar Kuala Terengganu.

Doctor tu bagi 5 pantang larang bila melihat kulitku. Beliau berkata aku ada eczema. 5 pantang larang tu 
1) Tak boleh makan makanan seafood
2) Tak boleh dengan cuaca yang begitu extreme, maknanya tak boleh panas sangat atau sejuk sangat. So kalau berpeluh, cepat2 keringkan peluh tu
3)  Kena pakai sabun baby . contoh baby Johnson tapi Pureen tak boleh
Lagi 2 pantang larat tak ingat. Ampun :p

Doctor bagi makan ubat makan dan sapu, dan Alhamdulillah bertambah baik . Kulitku semakin halus mulus.
Tapi beberapa bulan lepas tu, dia mai balik dah..

Aku jumpa pakar kulit di DEMC pulak. Dia bagi ubat2 yang aku rasa tak berapa kuat la sebab stil ada gatal2 lagi.

Kali ketiga jumpa doctor pula, doctor pakar kulit di Kuala Lumpur, Klinik Kulit Md Noh. Pernah datang sini masa kecik2 dulu. Eh maknanya aku pernah sakit kulit kecik2 dulu juga. Ha ha ha. Doctor tu check2 , dia Tanya aku ada gatal2 kat mana lagi. Aku bagitahu aku alergik besi. Nah lepas tu dia kata aku ada eczema dengan  besi. Then dia bagi list makanan2 yang aku tak boleh makan atau patut avoid. Dalam list tu ada coklat. OMG! Then baru aku sedar, sebelum tu bos ada belikan sorang satu coklar bar yang besar dari Australia dan aku melantak sensorang. Lepas tu baru aku tahu sebab melandanya serangan eczema yang dasyat kali itu.

Makan ubat yang dia bagi dan Alhamdulillah pulih kembali. Aku simpan ubat pil yang dia bagi sebab kalau rawatan kat situ, memang mahal la cas dia. Masa aku pergi tu kena dalam RM250 kot.

Tak lama kemudian, eczema ku menyerang kembali. Aku try cari ubat pil yang dia bagi dan aku jumpa ubat tu kat farmasi rumah aku. Yehhh…nak makan ubat ni ada atur caranya. Maksudnya memula kena makan cam banyak contohnya 2 biji 2 kali sehari selama 3 hari, lepas tu 3 biji 1 kali sehari selama 3 hari dan seterusnya. Effect makan ubat tu, kulit kau akan jadi halus. Memang best la. Tapi aku tak suka makan selalu. Sebab takut side effect lain di kemudian hari.

Aku try google nama ubat tu, kandungan dia dan side effect dia kalau makan selalu. Nama ubat tu Prednisolone dan dalam ubat tu ada Corticosteroid atau nama pendeknya steroid! OMG! So kalau steroid, tahu2 la dadah ni tak elok makan selalu.

Aku google2 lagi, cari macam mana nak elak dari serangan eczema ni, setiap penyakit ada ubatnya kan? Google google, Alhamdulillah dah jumpa cara rawatan untuk eczema besi macam aku. Korang boleh google : Nickel diet

Aku baca, ada ramai yang tetiba je kena serangan eczema ni padahal masa muda2 dulu tak pernah kena. Serangan ni kena bila ada makanan yang kita makan yang buat trigger atau activatekan eczema yang ada dalam badan kita. So bila kita makan makanan yang tinggi besi atau nickel di dalamnya , eczema ni diactivatekan so menyerang badan kita.

Dan aku baru tahu macam mana aku boleh mula2 kena serangan ni. Masa aku mula2 kena, aku tinggal kat hostel. Breakfast pagi aku wajib secawan milo padahal kat rumah sendiri mana mak aku buat breakfast milo. Kalau buat pun tak pernah minum sampai habis. Milo dalam dia ada coklat, coklat mengandungi nickel atau besi yang tinggi. So bila aku ambil makanan yang tinggi nickel dalam makanan seharian aku, dia akan trigger eczema tu.

Macam kes aku makan coklat dengan banyaknya, sebab tu sekali lagi dia trigger. Dan yang terakhir ni, pagi aku minum milo dengan roti wholemeal wheat bran, malam aku banyak makan tomato, kentang. Bila makanan seharian aku banyak nickel, sebab tu eczema ni datang balik.

So aku try stop makan semua benda yang ada nickel, amazingly kulit aku semakin pulih dan hanya tinggal kesan parut sebab menggaru je.

Boleh nak makan makanan yang ada nickel ni, tapi bukan dalam kuantiti yang banyak dan berturutan. Kalau dah mengidam sangat, aku jamah juga coklat2 tu.

Selain coklat, makanan yang tinggi besi atau nickel adalah kekacang, soya, wholemeal, whatbran, oat, udang tapi sotong tak termasuk ye (yehhhh). Ni list makanan untuk nickel diet

Dan kalau korang dah terambil banyak makanan yang ada nickel ni, boleh kurangkan dengan makan vitamin C. I prefer natural food rather than pil vitamin C. nak dapat vitamin C yang murah, makan lah betik, buah oren atau kalau kaya sikit strawberry dan buah kiwi.

Untuk cream, boleh try ointment. Ointment ni cream yang warna jernih. Cream ni best sebab berkesan boleh redakan inflammation. 

p/s : besi tak sama dengan zat besi. Zat besi = iron; nickel = besi




No comments:

Google