Monday, November 11, 2013

Persediaan untuk #auniezmaat

Selalu orang tanya..macamana persediaan..dan jawapan aku selalunya…”emm OK kot..” ahha memang takde persediaan apa sangat, sebab kadang2 aku pun blur nak buat apa sebenarnya.. orang lain maybe 2-3 bulan sebelum dah rasa cuak..aku.sebulan sebelum pun tak cuak lagi..

Nak dekat2 majlis tu, semua aku dah book, tinggal nak confirm..dan ada sedikit masalah yang terjadi lah juga..berkaitan pelamin dan makeup artist. Pelamin tu, kerusi yang aku nak tak ada pulak..kena tukar kerusi lain. Makeup artist pulak, aku mula2 book untuk reception sebab kononnya, nikah nak makeup sendiri. Lepas tu aku pikir2 , nanti tak cantik pulak so aku book dia untuk nikah juga. Ada miscommunication ke macamana tah, dia ingat aku nak untuk reception je and dia nak balik awal sikit hari tu sebab kena makeup orang lain pulak. Last minit, aku tukar makeup artist untuk reception.


Kalau orang datang rumah aku 2-3 hari sebelum kenduri, tak nampak macam rumah ni macam rumah orang kahwin pun sebab rumah berantakan! Haha sebab baru habis renovate..so macam2 la nak kena kemas dan tak terkemas.

Sehari sebelum tu juga, saudara-mara datang beramai2 menolong bermacam2. Saudara-mara belah abah banyak tolong untuk barang2 dan makanan. Saudara-mara belah emak tolong buat hantaran, hias bilik pengantin, hias tangga dan macam2 lagi. Kalau nak suruh tangan keras aku ni buat hantaran, memang keras juga la rupa hantaran tu.


Seminggu sebelum tu juga, ada buat meeting dengan keluarga. Masa tu baru rumah aku Nampak macam rumah. Tapi lepas tu berantakan balik.


Aku pakai inai pula, 3 hari sebelum majlis. Haa semangat tak..aku pakai awal sebab takut inai tak merah..mula2 aku pakai inai Rani Kone warna hijau. Aku suruh adik aku pakaikan, tapi tak berapa nak merah dan dia buat tak rata. Dah jadi macam jari terbakar je aku tengok. Next day pulak, aku pakai inai mekah campur dengan limau dan minyak cap kapak, pun tak jadi merah mana. Malam tu sepupu aku whatsapp, dia kata nak sponsor pedicure manicure, tapi aku kata aku da pakai inai. Aku kata kalau nak sponsor inai boleh la hehe, dia pun setuju. Sehari sebelum majlis pula, makcik aku bawakan daun inai dekat dengan rumah dia, dia dan anak dia la tolong tumbuk daun inai tu, tapi macam tak berapa lumat, so susah nak lekat. Aku pakai dalam 2 jam je..tapi tak merah juga. Last2 aku pakai inai sepupu aku beli , inai Rani Kone warna pink..haaa yang ni memang pekat, maknanya aku silap beli lah hari tu, patut tak pekat. Yang suggest inai Rani Kone ni junior aku, Iqa..tapi aku yang tersilap beli. Sob2

Video instagram : malam dan hari sebelum majlis #auniezmaat

http://instagram.com/p/fpwyHoln4N/

http://instagram.com/p/fom8mRln3y/

http://instagram.com/p/fZDXRlln8t/

Kalau tak boleh tengok tu sebabnya adik aku private instagram dia lettew. ampun..


No comments:

Google