Thursday, March 08, 2007

apa nk jadi nih?

IPOH 7 Mac - Sebuah sekolah menengah di Seri Manjung dekat sini gempar apabila seorang pelajar tingkatan empat melahirkan anak di bilik rawatan sekolah itu, semalam.
Pelajar perempuan berusia 16 tahun itu pada mulanya mengadu sakit perut dan meminta dikecualikan daripada latihan sukan lalu dihantar ke bilik rawatan oleh seorang rakan yang tidak menyedari dia sebenarnya sakit hendak bersalin.


Remaja berkenaan yang ditinggalkan bersendirian dipercayai melahirkan seorang bayi perempuan kira-kira pukul 1.30 tengah hari, bagaimanapun bayi itu meninggal dunia.
‘‘Guru tidak sedar remaja itu sudah melahirkan anak semasa menghantarnya ke hospital kerana bayi disorok dalam beg berisi pakaian pelajar itu yang disimpan dalam kereta,” kata Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi di sini, hari ini.


No comments:

Google