Saturday, August 07, 2010

23rd birthday, Konvokesyen UniSZA kali kedua

Seluruh hidup saya semester ini diperuntukkan kepada projek ilmiah kesayangan saya. Even mahu keluar bersuka ria bersama kawan2 pun fikir dua tiga kali sebab sayang masa terbuang begitu sahaja dan kadang2 menyesal membazir masa tak tentu hala T___T

Ye apatah lagi mengupdate blog pun memang da tak rajin. Tapi macam kasihan juga kepada blog ni. Mak saya pun tertunggu-tunggu cerita dari blog saya hehe

Cerita tertunggak bulan julai. Mari kita buat ringkasan bulan Julai 2010, antara bulan yang paling best dalam hidup saya !

1 julai 2010, sudah sampai di UniSZa tercinta sedangkan orang lain tak datang lagi. Semua pelik kenapa datang awal. Semangat sangat, jadi pembantu mahasiswa ke? Tak dapat pun huhu. Buat kajian untuk projek ilmiah@ final year project ccomputer science saya la. Semangat ni datang awal seminggu, mahu buat kajian tentang bluetooth dan mahu propose tajuk itu juga. Tapi ditolak..waduhhh..kena cari tajuk lain..akhirnya mendapat idea bila cari-cari dalam internet dan diubahsuai dengan persekitaran universiti dan alhamdulillah diterima oleh supervisor. Tajuk apa? Tunggu dulu hingga pembentangan proposal, baru boleh kabo. Takut tak lepas pula dengan supervisor lain



20 julai 2010, hari jadi saya yang ke 23. Yehh da tua tapi tetap awet muda. Bukti : orang sokmo ingat saya budak diploma..yehhh :P terima kasih kepada ejah dan maj yang sambut hari jadi saya dengan kek coklat sebelum pukul 12 am, love both of u ..!! thanks 4 da red wallet and rainbow shawl . Classmate tersayang pula datang bilik pada pukul 12am, eda bawa cupcake coklat strawbery yang sangat sedap dan moist sambil kami borak2 topik2 khas HAHA



Hari siang pula, saya sudah plan sejak sem lepas lagi dan akhirnya berjaya ke La Hot Spring @ Kolam Air Panas La di Besut. Memang menyeronokkan piknik di situ. Pagi2 sudah bergotong royong memasak nasi goreng, bakar sandwich tuna, ptong buah. Naik van penuh bersama lecturer Vietnam dan Thailan,An, Hiue, Fa dan Ta. Berendam dalam air panas yang mencabar fizikal dan mental; mandi2 dan cuba berenang dalam air sejuk memang best gila sambil posing wooo…sweet memory



And thanks for da secret recipe cake, dinner di waterfront dengan makanan Barat yang memang berat, toblerone chocolate dan doraemon? Walaupun saya tak konvo lagi hoho



Hujung minggu pula sambut birthday di Riyaz dengan makan sedap2. Saya suka buffet di Riyaz sebab makan dai banyak dan sedap, kemudian boleh berphtogedik di bawah sambil menikmati angin bayu



Kemudian pesta Konvokesyen dan Konvokesyen UniSZA kali kedua. Kak Qish, Kak Zati dan Safwah datang tidur bilik saya. Dari bilik yang senyap sunyi terus jadi meriah bila kedatangan mereka. Mereka sambut birthday saya juga dengan mcD dan kek carrot yang 3 hari baru habis makan



Konvokesyen kali ni memang ramai kawan-kawan saya dari kos yang berlainan yang bergraduasi. Dan macam tak sabar mahu konvo juga. Sudah berangan mahu tidur di mana masa konvo, mahu pakai apa hehe. Cuma pesta konvo kali ni je kurang meriah sikit la



Tahniah kepada sahabat2 yang bergraduasi..semoga dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menuntutnya di UDM walaupun sekarang sudah bertukar nama kepada UniSZA



p/s : saya dapat tengok YDP Agong ,Sultan Mizan dan Permaisuri Zahirah live ketika hendak berangkat pulang :D photo credited to Encik Lokman Hamid


7 comments:

dari~ummie said...

wah! bestnya bulan julai! ;)

[Fadilah Diyana] said...

haziqah,thanx ya jadikan hug me pillow tu sebagai hadiah konvokesyen sahabat2 awk...=D

aunieZ said...

bari'ah - yep2 best2..awk best x? hehe

fadilah - sma2 :D

DhiyaNadia said...

salam ...
happy belated birthday ...
sorry lambt wish..
pape pun, smoga pnjang umor and murah rezeki ..
ceria2 selalu ..
=)

Anonymous said...

thanx akq dtg jd mak muda kiTA...hehehe

aunieZ said...

hehe sma2 ..akak mmg sntiasa muda :p

Anonymous said...

hehe... mmg muda....

Google