Sedekah. Ramai orang tidak tahu nikmat bersedekah. Ramai orang takut hendak bersedekah. mungkin takut sebab tak cukup duit. Ramai orang tidak tahu bersedekah atau menginfakkan harta ke jalan yang yang diredhai Allah adalah salah satu perbuatan yang Allah cukup suka dan banyak tertulis dalam al-Quran.
Alhamdulillah aku diajar oleh seorang bapa yang sangat murah hati. bapaku sering menggalakkan anak-anaknya bersedekah. Kami adik beradik memang dianjurkan untuk bersedekah terutamanya jika singgah mana-mana masjid dalam perjalanan musafir kami. Kami juga dididik untuk tidak berkira dengan adik-beradik walaupun aku selalu gak berkira. hehe
Fadilat bersedekah? banyak...salah satunya bila kita rajin bersedekah, Allah akan balas 10 kali apa yang kita sedekah. so adakah kita rugi bila bersedekah?
Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkah hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya lah kamu dikembalikan. ( AL-Baqarah : ayat 245)
Allah mungkin tidak membalas amalan sedekah kita pada waktu yang singkat. kadang-kadang bila kita tidak expect rezeki akan datang bergolek, banyak sangat pula Allah membalasnya. berganda-ganda. memang bila rezeki datang bergolek, rasa syukur sangat dengan nikmat dan rezeki yang tidak disangka2
"BIASAKAN DIRI ANDA UNTUK TERUS BERSEDEKAH, BAIK DALAM JUMLAH KECIL MAUPUN BESAR. KARENA, DALAM SEDEKAH ITU ADA SEPULUH MANFAAT; LIMA AKAN DIBERIKAN DI DUNIA, DAN LIMA LAGI AKAN DIBERIKAN DI AKHIRAT KELAK.
Sedekah ini fadilat utamanya ada tiga iaitu rezeki murah, dapat menolak bala dan panjang umur. Sebabnya, apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia yang memberikan sumbangan
Sumber
Sahabat-sahabat Rasulullah sering menginfakkan harta kekayaan kepada jalan Islam contohnya Saidina Usman b Affan. Beliau seorang hartawan dan hartanya habis di jalan Islam
Sedekah pula tidak semestinya wajib dengan duit atau wang sahaja, memberi makan kepada orang yang berpuasa atau lapar, menyedekahkan baju-baju terpakai, menolong kawan yang sangat sesak pun dikira amalan sedekah juga.
Perumpamaan (nafkah yang di keluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah. Adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir, seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siap yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. ( AL-Baqarah : ayat 261)
Jadi marilah kita bersedekah di bulan Ramadhan yang mulia ini kerana pasti Allah akan melipatgandakan pahala dan amalan kita. Ingat ! Anda tidak akan rugi sesen pun bila bersedekah kerana Allah
Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima
5 comments:
semoga amalan sedekah kite ikhlas kerana Allah....takot plop laen jadinyer...sia2 jew nnt...=D...
insyallah ikhlas bkn kerna mnunjuk2...
like!
chewah! cam dalam FB plak :D
bgus... bersedekah lah...=)
13may : haha jom like2
ima : insyallah..bsdekah sma2 ye ;)
Post a Comment