Tuesday, June 24, 2014

Pregnancy Test

Kami memang nak anak cepat sebab masing2 pun usia dah tua. Takut nak hold2 dulu sebab orang kata, kalau plan2 ni kang susah nak dapat. So baik try cepat2. Ingatkan nak make babies ni senang la juga tapi susah juga hahaha. Tapi yang penting usaha, doa dan tawakal.

On our 2nd month of marriage, I keep track on my high fertility and ovulation date. At the same time, ambil supplement Shaklee, GLA and B complex. GLA ni boleh makan 14 hari start dari awal period dan makan B Complex hari2. GLA boleh tingkatkan kesuburan and for girls yang selalu sengugut pun elok makan GLA sebab before my wedding day, saya amalkan GLA dan Alhamdulillah bulan tu takde sengugut da.
Lepas tu amalkan doa untuk mudah dapat anak, doa nabi zakaria dan doakan kawan2 lain yang berusaha untuk dapat anak. Juga

Hujung tahun, kami pulang ke kampung suami untuk melawat keluarga suami. Masa tu, period saya dah lambat seminggu. So just tunggu lagi sebab biasalah kalau period datang lambatkan. Masa kat kampung tu, pergi jalan2 dekat Penang juga. Naik bukit bendera, pusing street art dan memang rasa penat dan mengah la. Tapi tak tahu la nak syak ke tidak lagi.



Balik ke Selangor, terus beli pregnancy kit. Beli yang murah saje sebab result dia sama juga. Dan kena test esok pagi masa nak bangun subuh. Celup dan tunggu tak sampai seminit sambil tutup mata, and it is double lines! Alhamdulillah! Suami tahu saya buat test dan dia pun bangun bila saya keluar toilet dan saya tunjuk kat dia, dia tengok dan tanya maksudnya apa, dan saya jawap ya dan mengangguk. Suami pun terus peluk saya dan terharu :D

Pagi tu terus ke klinik kegemaran keluarga, Klinik Nik Suzet di Seksyen 7 Shah Alam. Jumpa Dr Rosmurni, bagitahu dia saya da buat test and it is positive. Then dia suruh baring nak scan. Dah nampak anak mama tecik aje masa tu. Kalau ikut tarikh last period, anak mama dah 6 weeks masa tu!

Balik rumah mak abah kat Shah Alam dan actually mak dah boleh tahu im pregnant hikhik. Mak kata cepat sangat tapi saya cakap rezeki.


Dan kemudian bermulalah my first trimester….


2 comments:

Rose Azadir said...

Salam Ramadhan, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

Aishah Amin said...

salam Ramadhan,

saya blogwalk juga

Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..

Google