Friday, July 31, 2009

entri dalam blog ni tak kan jadi pendek kot

seronok la belajar sem ni.macam2 benda baru belajar.lagi2 data communication dan network security yang diajar pensyarah baru yang sangat berkualiti lagi bijaksana encik faisal amri, memang brilliant la.baru terasa belajar di ijazah sarjana muda sains komputer (pembangunan perisian).dah sem 5 baru sedar macam2 yang menarik dalam dunia sains komputer.sesuatu yang amat susah nak dibayangkan dalam kepala otak yang tak sehebat Albert Einstein.benda biologi boleh juga nak imagine dalam kepala otak.sains komputer ni payah sungguh.

operating system tak kurang menariknya bila belajar macam mana komputer sebenarnya berfungsi, ingatan utama la, OS yang kena bagi arahan kat CPU sebab CPU tak tahu apa2.apa itu multi label switching protocol,packet switching, pergerakan data2 dalam internet, protocol, server, Kerberos, cryptography , semuanya memang seronok dipelajari.


kenapa pulak banner yang cantik ni tiba2 berubah warna bila masuk dalam blog.pelik

pertandingan debat antara kolej kediaman anjuran kolej kediaman C UDM julung2 kali di UDM buat di kawasan tumpuan ramai di sekitar UDM.sangat menarik.ini program terakhir Kolej Kediaman C sebelum ahli jawatankuasa mereka bersara dengan tersenyum bangga sebab kebanyakan program dilaksanakan dengan jayanya.bangga sungguh dengan sahabat2 dari KK C kerana berjaya buat semua program dengan jayanya yang banyak mengundang pujian dari pelbagai pihak dan kekaguman dan tak kurang juga kecemburuan orang yang kurang bijak

jangan cemburu juga sebab saya makin kurus.tak minta pun kurus tapi dah nak kurus nak wat camne.nak tahu tips menguruskan badan?senang je, tak payah susah2 nak jogging petang2.tipsnya, makan sikit,makan bila rasa lapar tapi tetap kena makan sikit atau buat2 lupalah makan atau tak sempat makan tapi bila makan tetap makan sikit, sibukkan diri anda, mulakan kerja di awal pagi dan tidur lewat malam,lepas tu bangun awal lagi, cari masalah yang sangat besar untuk dipikir dan kemudian fikir masalah tu dalam2 sampai makan hati.HAHA semua adalah amalan hidup yang tidak sihat tapi insyaAllah dalam masa sebulan anda akan kurus dan slim, semua baju anda masa anda gemuk dulu yang tak muat semua dah muat dan longgar so boleh pakai semua baju dengan cantik :p

harap2 masih maintain kurus sampai raya, baru cun nak berjangok dengan baju raya baru dari kain jakel :D

macam mana huh nak tulis entri blog yang pendek ? susah gila lah sebab saya ada je benda nak merepek.tak retilah nak tulis pendek2 punya entri.kalau tulis entri yang pendek rasa macam membazir je tulis menyemak ruang je dalam blog ni.macam tak berkualiti padahal memang tak kualiti pun.haha janganlah suruh saya masuk debat sebab saya hanya pandai merepek dan buat2 bijok dalam blog.tak layak lah masuk debat.nanti tergagap ketar lutut malu je orang gelak


8 comments:

Evi LoLyta said...

perggghhhh~
gle ah banyok terms "kelate" haha..
bijok2~

aunieZ said...

eh ye ke..hoho x prasan pn..mayb da bse sgt bsama ore kelate kot huhu

sabir said...

ye la ustazah ayat power je....dalam blog ni...ye la terasa dengan ayt ditulis

aunieZ said...

apsal plak ustazah?
haha tang mana yang terasa? :p

'Aizat Annur said...

no komen2....he3..maceh bg kerjasama beb.... :)

sabir said...

ye la update la blog tu

aunieZ said...

AIZAT - sama2 ;)

SABIR - ye..da updet da ni

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

Google