Bila dapat flyers tu, aku dan ejah terus teruja sebab memang sudah set azam baru. Jadi bila ada motivasi lagi la akan memantapkan keazaman baru itu. Dan soalan pertama Raja Shamri Raja Husin atau lebih mesra dipanggil abang raja, penceramah motivasi hari bahagia itu adalah “siapa yang datang dengan hati yang suka dan gembira sekali dan wow I love it angkat tangan?” dan aku dan ejah pun angkat tangan dan beliau kata “ haha memang penipu besar!” betul la.. kami sangat teruja datang ke program tu :D
Abang raja seorang yang sangat istimewa. Banyak pengalaman beliau yang sangat mengharukan yang boleh jadikan sebagai pengajaran dalam hidup. Kisah hidup beliau mampu meruntunkan hati dan jiwa lembut gadis2 dalam DKU sampai kebanyakan yang menghayati cerita beliau akan mengalirkan air mata tanpa disedari. Tapi bila dah menangis boleh pulak dia buat lawak sampai lap air mata sambil ketawa. Itu kelebihan beliau. Mampu membuat orang menangis dan ketawa pada masa yang sama
Beliau mungkin kekurangan dalam segi fizikal tapi dari segi personalti beliau sangat berwibawa. Beliau adalah pengguna kaki palsu kerana beliau tiada kaki sejak lahir. Hidup sebagai seorang OKU amat susah lagi2 bila hidup di kampong. Dibuli, dipandang hina, diejek adalah lumrah dan perkara biasa dalam hidup beliau. Tapi bak kata abang raja : semua dugaan yang diberi tu adalah untuk menjadi kan kita manusia yang hebat
dekan bersama abang Raja
Tapi beliau seorang yang cekal dan bijak, memegang dua ijazah, dua master dan sedang menghabiskan phD tak lama lagi tapi baru sahaja untuk mendaftar untuk satu lagi phD. Wah sangat kagum dengan beliau. Aku lepas habis ijazah ni tak terpikir pun nak sambung study lagi
Dari segi kepimpinan pun sangat mengkagumkan sejak bangku sekolah lagi. Apatah lagi setelah beliau melanjutkan pelajaran di university di Malaysia dan USA. Beliau pernah menjadi pemimpin pelajar di university di Malaysia dan USA. Kewibawaan beliau dalam memimpin sangat terserlah. MARVELLOUS!
Sekarang dengan segala pengalaman yang ada beliau telah membuka banyak syarikat seperti syarikat yang menjalankan motivasi , golden minds dan beberapa syarikat lagi
Kata2 semangat dari abang Raja :
1. Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa
2. Uijian dan dugaan dari Allah untuk menjadikan kita manusia yang hebat
3. Marvelllous !
Yang menarik :
1. Pertama kali duduk di kerusi VIP kat atas pentas setelah dijemput oleh acap untuk join dia sama2 duduk bersama abang Raja di kerusi VIP untuk buat satu latihan senaman otak
2. Latihan senaman otak untuk mengoptimumkan penggunaan kedua2 belah otak supaya kedua2 belah otak digunakan semaksimum mungkin iaitu gerakan tangan. Nak tahu apa bendagerakan tangan? Kena join program abang Raja la
3. semasa membuat gerakan tangan,Saya dapati sesuatu yang sangat berharga dan buat saya tersedar yang masa kecik2 dulu saya boleh kata pandai gak walaupun kurang berusaha tapi sekarang ni banyak lagha buat malas nak berusaha. Jadi sekarang kena lebih berusaha supaya lebih bijak :D
Selepas program itu, yang pasti saya dan rakan2 semakin bersemangat belajar dalam kelas pun semua makin khusyuk.
Abang Raja ada offer, sapa2 nak bekerja dengan beliau boleh la datang walk in interview untuk IT excutive. oh saya sepertinya berminat. tapi..masih tidak habis belajar lagi dan kemahiran pun belum mencukupi. Kalau setakat nak tolong buat blog or update entri tu bisa la. macam seronok pula kan kalau dapat majikan seperti abang Raja, pasti bersemangat buat kerja
gambar dari Picasa Web Album Abang Raja
blog beliau : http://abangraja.blogspot.com/
5 comments:
sila belajar rajin-rajin. no gedik gedik~
blajar rajin2..ni tak, pegi buli aku buat benda2 yang aku tak reti =(
salam..rindu nk jumpa abg raja..2 kali saya dapat sesi motivasi dari dye..mase form 3, form 5..then pernah gak join dye, jadi assistant utk sesi motivasi skali. tp da lame x jmpe, ntah dye igt lg x..
HARIS n FARIS - ye mari blaja rajin2..anda berdua orang yang bjak, kalu lagi rajin mesti lg pndai kan? :D
ASRUL - wah asrul pnah jd assitant dia? best2 tringin jugak bekerja dgn dia. sy ni yg bru je sehari pas hbis motivasi ngn dia pun rndu nk jumpa dia apatah lg asrul kn ;)
sure.. ;) igt nti nk jemput dye utk fakulti biotech lak ar..
Post a Comment