Thursday, July 08, 2010

World Cup @ Piala Dunia 2010 ..lawakla wehh

Bola itu bulat. Macam-macam boleh jadi. Kejap menang kejap kalah. Sebab apa? Sebab bola tu kan bulat dan sentiasa berputar dan bergolek bila di sepak dan ditanduk.

Demam Piala Dunia 2010, sudah hampir sampai ke kemuncaknya. Akhirnya, pasukan yang dijangka, disokong,diramal tak dapat pun masuk perlawanan akhir. Haha tak ke lawak pasukan yang kononnya gergasi bola sepak kecundang di saat2 kategori kumpulan lagi. Perancis, England, Brazil, Portugal,Argentina,Germany, semua dah kalah la weiii…[gelak guling-guling]

Saya sokong team mana? Mula2 start World Cup, tak amik pot sangat tapi tetap gelak guling2 pagi2 bila tengok result. Lepas tu pergi tanya mak suruh teka, siapa menang game tersebut. Lepas suruh mak teka tapi mak tak nak teka, gelak guling2 lagi sebab kalah pasukan2 gergasi tu.

Bila da masuk pusingan suku akhir, baru tengok sikit2, sebab baru pasang Astro kat umah. Kehkeh ketinggalan zaman betul baru nak pasang Astro. Masa tu baru nak start sokong Argentina dan meramalkan Argentina atau Germany atau Brazil akan masuk final World Cup tapi hampeh, tiga2 kalah HAHA


Final World Cup : Netherland vs Spain. Saya sokong? Both of them..omigwad can’t decide sebab macam dua2 best, so saya akan sokong siapa yang menang, boleh tak? :p


Gambar pinjam dari blog Eyriqazz.com

Si Paul, Sotong Kurita ( Paul The Octopus) yang dikatakan boleh meramal siapa menang game dalam Piala Dunia. Menarik sebab apa yang dia ramal memang menepati belaka.

Tapi……………bahaya ni,amalan khurafat sedang bermaharajalela dan semakin ramai mempercayainya termasuk saya..

Astaghfirullah..tersedar yang ia khurafat dan sedang merosakkan akidah umat Islam. Berharap juga Germany menang semalam sebab boleh menepis ramalan karut tersebut tapi rupanya Allah nak menduga lagi hambanya, siapa yang percaya kepadaNya atau siapa yang lebih mempercayai si sotong kurita itu. Nauzubillah


1 comment:

Ahmad Izzuddin Yusof said...

Bukan setakat tu eqa, ia melarat kepada JUDI bola.. dahla khurafat, judi lagi.. huhu.. Paul tu just ramal tu GERMANY jer.. Macam2 saya pikir untuk mengelakkan dari mempercayainya..antaranya:
1.sotong tertarik kepada warna
2.Sotong cenderung kepada bendera jalur...

Google