Tuesday, July 08, 2014

Buku Merah Jambu di Klinik kesihatan Putrajaya, Pulau Meranti dan Shah Alam

Mula2, saya bercadang nak buat checkup di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9 sebab lepas hantar suami boleh terus pergi. Sampai sana, ramainya ibu mengandung. Kaunter still tak buka lagi. Jumpa nurse kata nak buat checkup kat sini tapi dia Tanya alamat kat mana. Kemudian nurse kata, nak buat checkup kena ikut alamat tempat tinggal. Memandangkan rumah sewa kami di Putra Perdana, Puchong, klinik Kesihatan yang terdekat adalah Klinik Desa Pulau Meranti. So kalau nak buat checkup, memang kena ke sana. Kami pun pulang perasaan dengan hampa.


On the way pulang ke rumah, singgahlah ke Klinik Desa Pulau Meranti tu. Memang dekat je dengan rumah kami tapi kawasan klinik tu macam scary bagi saya sebab nak ke sana macam kena turun bukit dan sekitarnya kawasan construction. Klinik tu pulak kecik je dan bila masuk kawasan klinik, orang menunggu dan beratur sampai ke luar klinik. Cakap dengan suami, saya tak mahu checkup kat sini.


Fikir dan fikir,bagitahu team lead nak ambil another half day leave. Kemudian saya try call klinik kesihatan Shah Alam. Nurse cakap, boleh datang ke klinik hari ni pukul 2pm. Klinik kesihatan Shah Alam Seksyen 7 hanya ada 2 hari je checkup untuk ibu mengandung iaitu hari Isnin dan Rabu. Luckily hari tu hari Isnin, so sebelum tengahri kami gerak ke Shah Alam balik. Sampai sana dalam 130pm lepas solat zohor di Petronas. Masa tu macam tak ramai orang lagi tapi still dah ada orang tunggu.


Kemudian kena isi buku merah or merah jambu Kena isi 2 buku, satu untuk simpanan kita, satu untuk simpanan klinik. Oh tak payah bawa dokumen apa2 pun masa ke klinik kesihatan tu. Kemudian tunggu giliran dia panggil. Kena ambil nombor ikut kawasan tempat tinggal kita. Mula2 kena ambil berat, ambil darah kat bilik 21 untuk yang pertama kali checkup, kemudian pergi lab buat ujian air kencing. Lepas tu tunggu nurse panggil masuk dalam bilik rawatan. Kat bilik rawatan tu nurse tanya bila last period, ada pergi check kat klinik swasta tak dan dia akan check bila due date kita. Lepas tu suruh baring dan check perut kita, tekan2 ,check baby la kot hehe.



Dalam masa satu setengah jam, dah siap dan ambil acid folic kat farmasi. Next , kena pergi checkup sebulan sekali. So rasa takde la susah sangat pergi klinik kesihatan ni. Asal datang awal2, semuanya settle.


4 comments:

plug2pin said...

kalau duduk area pasar borong selangor pun mmg tak blh buat kat putrajaya yek?
kat klinik s.alam dakpe ke kalau dok kat puchong?

auniez said...

plug2pin : rasanya tak boleh..kena ikot alamat tempat tinggal..saya buat kat s.alam sebab ikot alamat rumah parent saya di shah alam

Anonymous said...

mmg ikut prosedur mesti kene ikut alamat rumah

auniez said...

aah ikut alamat rumah

Google