Tips Mudah Bersalin | tips bersalin cepat | tips bersalin awal | tips bersalin secara normal | tips bersalin cepat dan lancar
Walaupun aku bersalin secara czer, tapi aku banyak buat
research untuk bersalin lepas bersalin LOL. Lagipun proses bersalin aku
disabotaj. Hmm malas nak ceghita, Patutnya carilah ilmu sebelum bersalin. Aku
ingat aku da macam banyak dan faham cara nak bersalin tapi usaha dan ilmu aku
tak cukup lagi rupanya. Nasihat aku, pergilah kelas bersalin gentle birthing or
AMANI. Sesungguhnya kelas2 itu amat membantu proses kelahiran nanti. Insyallah.
1.
Aktifkan dirimu
Orang yang aktif masa mengandung dan hampir
bersalin memang mudah bersalin. Selalunya orang akan nasihat, nak dekat
bersalin nanti banyakkan rehat, lagipun memang tak larat pon di akhir
mengandung tapi patutnya kena lagi aktifkan diri seperti buat kerja rumah,
basuh toilet, kemas rumah. Macam basuh toilet boleh mencangkung sebab
mencangkung sebenarnya untuk memudahkan bersalin. Kalau nak exercise, boleh
squat dan berjalan banyak.
2.
VCO
Boleh makan VCO sebab ia melembutkan
serviks kita. Ramai yang makan VCO
dan kata mudahnya baby meluncur keluar. Masa mengandung dulu pon aku makan VCO
Tanamera dan masa nak bersalin tu, doktor check dan katanya serviks dah lembut.
Rasa VCO Tanamera ni macam gula2 kelapa. Kalau suka gula2 kelapa, memang sedap
la makan. Kalau tak lalu boleh ambil yang kapsul punya kot.
3.
Kurma
Kurma juga amat bagus semasa proses melahirkan anak seperti dalam surah
Maryam ayat 25.
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan
menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang
hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya
aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan
berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” (Maryam : 25-26)
Kurma memberi tenaga untuk bersalin selain dapat merangsang hormon
oxcytocyn untuk mudahkan bersalin.
4.
Exercise
Exercise yang bagus untuk ibu mengandung adalah squat dan berjalan dengan
perlahan. Kalau hari2 dapat keliling tasik ke taman ke itu sudah cukup bagus
sebenarnya
5.
Posisi
semasa bersalin
Posisi semasa bersalin adalah sangat penting untuk memudahkan proses. Kebanyakan
ibu2 terbaring je masa sakit contraction dan itu sebenarnya melambatkan lagi
proses bersalin. Bayangkan kita mahu buang air besar secara baring, mesti tak
selesa kan? Hatta kalau nak kentut pun
secara baring macam tak lancar je, kena mengiringkan sedikit badan baru selesa
sikit nak kentut. Macam tu juga bersalin. Bila terbaring je, itu tak menurunkan
bayi dengan mudah kerana graviti tak menarik baby turun dan keluar dengan
mudah. So bila kat hospital nak bersalin nanti, kalau boleh minta la supaya
dapat bergerak dan bertukar posisi tidak baring semata2
6.
Doa
Dan yang penting sekali adalah doa. Antara doa yang baik semasa nak
bersalin adalah doa nabi yunus. Minta maaf juga kepada suami, ibu dan ibu
mertua anda , minta mereka doakan supaya dipermudahkan proses bersalin.
Semoga dengan tips menghadapi saat
bersalin anda dipermudahkan bersalin dan dapat menikmati saat2 indah bergelar
seorang ibu kelak. Insyallah amin.....
2 comments:
Ini semua dugaan. Allah nak uji. Yang penting bayi selamat sihat. ewah. :)
Ignition casino presents four variations of Roulette together with Classic American Roulette, American Roulette, Classic European Roulette, and European Roulette. For gamers that wish to play with reside sellers they provide three games together with both American & European Roulette 우리카지노 with varied desk limits from $1 to $3000. The glamour and glitz of roulette comparability with} different casino games is beyond comparison. The thrill of seeing the roulette wheel spinning with the ball bouncing along is beyond forgery or imitation. Therefore, as iconic as casino games come, roulette is in a category of its personal. It’s a sport of finesse, skill, and strategy savored by a significant following in the iGaming neighborhood.
Post a Comment