Tuesday, March 10, 2015

Bercuti di Langkawi

Bercuti di Langkawi

Percutian kami sekeluarga besar ke Langkawi memang seronok. Mula2 plan nak pergi Langkawi hanyalah saya, suami dan anak tapi tiba2 makcik saya ajak pergi bercuti dan ketika itu ada promo Air Asia. Jadi kami pun telah tempah tiket beramai2. Tiket takde lah murah sangat dalam RM100++ seorang.



Kami menginap di Dayang Bay Resort Langkawi yang terletak di Pekan Kuah.  Kalau nak pergi shopping dekat Haji Ismail Group dan sewaktu dengannya memang dekatlah dalam 10-15minit perjalanan naik kereta. Yang seronok pasal bercuti bersama keluarga ni ialah makcik aku tolong masakkan semua makanan semasa kami di Langkawi ni. Tak payah susah2 nak cari makan. Terima kasih Mak Noi. Cuma tak dapat la nak bagi review makan di Langkawi ni.



Semua urusan percutian Alhamdulillah berjalan lancar cuma kereta sewa je kitorang cuak nak settle last minit. Tapi nasib baik dapat juga kereta myvi kuning yang dalam berkeadaan baik. 4 hari 3 malam sewa RM 210.

Kami berada di Langkawi selama 4 hari 3 malam. Antara aktikviti kami di Langakwi adalah naik cable car, 3D Art Museum, shopping di Beras Terbakar, Haji Ismail Group dan Idaman Suri, Island Hoping, bergambar di Dataran Lang  dan melawat maahad tahfiz.

Iteniary untuk 4 Hari 3 malam di Langkawi

Hari pertama
-          Sampai di Langkawi hampir petang
-          Check in di Dayang Bay Resort
-          Bersantai di swimming pool
-          Berehat2 di waktu malam

Hari Kedua
-          Menaiki Cable Car
-          Art in Paradise Langkawi @ 3D Art Museum
-          Melawat Maahad Tahfiz Annabawi Lilbanat Langkawi
-          Shopping di Wisma Haji Ismail Group

Hari Ketiga
-          Island Hoping = Tasik Dayang Bunting,  Pulau Beras Basah, Eagle feeding
-          Shopping di Beras Terbakar
-          Berjalan2 di Pantai Chenang
-          Makan Laksa Power di Pantai Chenang
-          Shopping di Idaman Suri
-          Bergambar di Dataran Lang

Hari Keempat

-          Pulang semula ke KL


Tunggu di next entry saya cerita lebih detail bercuti di Langkawi 


1 comment:

bdak_cenang said...

nmpk pack iteniary tu..huhu

Google