Wednesday, February 14, 2018

Homestay airbnb di Johor Bahru


Homestay airbnb di Johor Bahru

Masa bercuti di johor bahru baru-baru ni, mula-mula cari la hotel yang sesuai dengan budget kami. Kami mahu tinggal 2 malam. Bila survey-survey hotel, kebanyakan yang kena dengan selera kami harganya mencecah RM300 satu malam. Bila kira-kira 2 malam da RM600, berpeluh gak nak bayar .😅 Nak hotel best tapi nak murah ðŸ˜‚.
So survey airbnb la pulak. Terjumpa airbnb yang harga boleh tahan murah dan homestaynya cantik sangat! Berkonsepkan Nordic, ia dihias cantik dan kebanyakannya dari Ikea. Ada 1 bilik tidur dngan katil queen, toto lebih juga disediakan dan 2 bilik air. Actually ada 2 bilik tapi satu bilik je dijadikan bilik tidur.
Homestay ni boleh dikatakan sangat lengkap, semua ada, microwave, peti ais, hot shower, mesin basuh, kuali, pinggan,gelas, air teh, nescafe, kettle. Macam duduk rumah sendiri tapi of course la lagi cantik ðŸ¤£. Kitorang siap basuh baju dan sidai kat balkoni.
Homestay ni juga ada swimming pool tapi kami tak berkesempatan nak pergi. Walaupun nak naik allocated parking agak tinggi, tapi sebenarnya ia direct terus kat rumah, tak payah jalan jauh. Bilik buang sampah dan lif juga dekat dengan rumah. Selesa sangat.
Harga sangat reasonable, untuk 2 malam kami dapat RM300 termasuk service charge dan cleaning service.
Lokasinya sebelah Tesco Extra Plentong, Johor Bahru tapi agak jauh dari town, untuk ke tempat makan best-best kat JB mengambil masa dalam 20 minit untuk sampai. Tapi homestay ni dekat dengan IKEA Tebrau dalam 10 minit.
Kalau nak book, boleh book di AirBnB di link bawah ni
👇👇👇👇👇
https://www.airbnb.com/rooms/18414253


2 comments:

Juls Julie80 said...

cantik biliknya..nampak bersih dan kemas.. :)

Anonymous said...

assalam...cantik, camner nak booking? boleh bagi no kontek hostnyer ker...nak juga try...

Google