Tuesday, May 29, 2018

Hotel Sentral Johor Bahru, Cepat Book!


Setiap kali cuti panjang, long weekend, public holidays sambung cuti, mesti pening jap fikir nak ke mana, nak book hotel apa. Apa yang murah dan berbaloi, apa yang sesuai & selesa untuk seisi keluarga. Tapi takyah risau, korang yang nak ke selatan terutamanya, tak kisahlah sekadar nak berjalan atau balik kampung atau ada urusan bisnes ke pape ke, dah takyah fikir panjang lagi.


Meh aku cerita sikit pasal Hotel Sentral Johor Bahru. Johor Bahru ni takyah cakaplah, memang banyak hotel...tapi ni antara yang consider ok la. Hotel tiga bintang, alamatnya : 17, Jalan Tenteram, Tanjung Puteri. Haa ni da bagi siap-siap, senang korang nak cari kat Waze ke Google Maps nanti. Dia betul-betul dekat dengan JB Sentral, lebih kurang dalam 2-3 kilometer macamtu, So kalau siapa yang datang JB naik train tu senanglah, takyah nak spend duit Grab ke teksi nak pergi jalan jauh-jauh.

“Cemana dengan rate dia beb? Harga dia ok ke? Berbaloi ke?”
Serious harga dia okay gua cakap kat lu. Bilik dia paling murah, satu malam RM100 je. RM100 je woo murah kot. Mana nak cari. Saiz bilik adalah dalam 18-20 square meter, just nicelah kan..barang pun lengkap serba-serbi, ada airconditioning la, tempat buat kopi la, tv siap ada channel la, internet, laundry, tempat mandi ada shower, hairdryer, meja, electronic lock...kira cukup selesalah untuk bermalam kan. Setting dia pun modern, kemas, rasa puas hati nak tido.

Lepastu ada Deluxe Room pulak. Lagi eksklusif dan selesa. Sekali ada minifridge lagi.
Yang ada family and bajet lebih sikit bolehla ambil Family Room. Saiz bilik besar kot, boleh muat katil King dengan single satu.

Paling over the top confirm bilik suite. Sofa, almari pun ada..kelas kau.
Semua bilik ada very nice wooden flooring dan warm lighting, then view pun cantik je....menghadap ke city area atau ke laut. Dapat area laut memang perfect view la kan. Memang terbaik!


Bab makan, takperlu risau. Pihak hotel ada sediakan restoran sendiri untuk korang jamu selera. Pilihan, tak payah cakap, memang banyak. Ada cuisine khas dari pilihan Asia takpun antarabangsa. Semuanya dalam bentuk buffet, tak kira sarapan pagi, tengah hari dan malam. Jadi korang boleh mix and match ikut tekak sendiri alright. Kalau weekend pulak siap ada high-tea buffet lagi. Dining place dia menarik jugak, ambience elok dan lighting semua on point. Di samping tu ada jugak coffee house, kalau sekadar nak minum-minum petang sambil bersantai dan lepak-lepak, sini memang tempat yang sesuai.


Last but not least, bila dah kat sini....apa nak buat?!! Banyak aktiviti sebenarnya, sebab hotel ni kat tengah bandar, jadi senang kita nak pusing-pusing sekitar JB, melihat pemandangan bandaraya dan ke tempat-tempat menarik di sekitarnya. Antara aktiviti utama yang boleh korang buat tentulah shopping, sebabnya landmark terdekat rata-ratanya ialah shopping malls and complex, contohnya ialah  Stulang Laut Duty Free Zone, City Square, Jusco Tebrau City, Plaza Pelangi, Sutera Mall dan Johor Premium Outlet. Nampak tak banyaknya tempat shopping tu? Siapa yang suka shopping tu memang boleh shopping sakanlah kat sini, given the vast amount of choices. Apa, tempat-tempat tu atas sangat? Window shopping pun boleh je kak. Ala nak murah, bazaar karat pun ada, dekat je. Tiap-tiap malam on. Banyak barang murah kat sini. Lagi kalau nak buat pitstop sebelum ke Singapore pun boleh, sebab hotel ni tak jauh pun dari Johor – Singapore Causeway, baru 7 kilometer je....


Sebelum nak tutup cerita, ada satu lagi benda best pasal Hotel Sentral ni nak habaq kat korang. Hotel Sentral ni, selalu je buat promosi best-best. Weekday promotion ada, early bird promotion ada, last minute deal pun ada...potongan harga rata-rata memang tak masuk akallah! Just kena rajin usha-usha website dia je...lepastu kalau da puas riki and jumpa rege best, boleh adjust, apa lagi, korang bolehla book Hotel Sentral Johor Bahru dan enjoy your trip!




4 comments:

ASTraveller said...

Salam singgah dan follow :)

التميز المثالي للخدمات المنزلية said...
This comment has been removed by a blog administrator.
التميز المثالي للخدمات المنزلية said...
This comment has been removed by a blog administrator.
التميز المثالي للخدمات المنزلية said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Google