Saturday, August 22, 2009

tips agak best untuk blogger kesayangan sempena hari jadi blog ini yang ke-3

pertumbuhan blog sekarang bagai cendawan tumbuh selepas hujan.semakin ramai yang mempunyai blog sendiri.even budak darjah 3 pun sudah ada blog sendiri

walaupun begitu setiap blog ada kelainan sendiri.ada blog yang bercerita pasal politik, ada yang bercerita tentang kisah cinta, ada yang bercerita kisah seorang mahasiswa, ada yang menjadikan blog sebagai medium menyampaikan dakwah, kisah seorang isteri dan ibu, resipi, makanan yang sedap,gambar dan fotografi yang menarik.blog juga semakin berkembang menjadi medium mempromosikan perniagaan atau online shopping seperti menjual makanan seperi cupcakes, baju-baju, tudung , aksesori dan sebagainya.boleh kata apa sahaja boleh didapati di blog

jadi jangan mempertikaikan bagaimana seseorang itu menulis blog masing-masing.mungkin blognya hanya berkisar tentang resipi jadi tak perlulah anda mengatakan dia seorang yang tidak cakna tentang hal politik di negaranya kerana dia menulis blog hanya untuk menceritakan tentang resipi ! dan blog yang cinta jiwang-jiwang, kalau anda tak suka tak perlu baca dan tak perlulah nak dengki dengan kisah cintanya yang sangat romantik.kalau TAK SUKA TAK PAYAH BACA ! ( ayat tipikal blogger )

terpulanglah kepada individu untuk menulis apa sahaja yang dirasakan sesuai ditulis dalam blog masing-masing.itu hak masing-masing lagi-lagi apabila dia menceritakan tentang kisah hidupnya.dah kisah hidupnya memang begitu,macam mana nak diubah.kalu dia sedang gembira mungkin dia ingin berkongsi rasa gembiranya bersama pembaca blognya.kalau dia mempunyai masalah mungkin pembaca blognya boleh memberi idea bernas untuk menyelesaikan masalah itu.oleh itu blog dapat mendekatkan diri penulis blog dan pembaca blog.dari blog jugalah kita dapat mengenali diri seseorang itu dengan lebih dekat walaupun tidak pernah bersua muka

sepanjang hampir 3 tahun menjadi seorang penulis blog, macam-macam yang telah saya belajar tentang dunia blog.kalau dulu tulis blog pendek sahaja entrinya dan langsung tak berkualiti.biasalah budak baru belajar.bila baca balik, kadang-kadang tergelak, macam ni ke aku tulis dulu

apa yang dimaksudkan dengan entri yang berkualiti?entri yang berkualiti adalah entri yang mempunyai maklumat berguna yang dapat disampaikan kepada pembaca blog, mempunyai idea yang bernas, mempunyai pendapat yang mantap dalam sesuatu isu dan juga pembaca blog dapat terkesan dengan penulisan anda

pengalaman menulis blog memberi pelbagai pengalaman dalam hidup saya lagi-lagi apabila pembaca blog memberi respon terhadap penulisan kita.ada yang manis dan ada juga yang pahit.

saya pernah diprovoke apabila menulis tentang pemilihan MPP UDM 2008/2009.saya dihentam dan dikritik dengan begitu hebat dan saya tidak menjangkakan respon yang begitu menghentam.hampir saya down ketika itu.tapi alhamdulillah sokongan sahabat yang tak berbelah bahagi, saya tetap meneruskan menyampaikan berita kepada pembaca blog saya.saya menulis tentang perkara tersebut kerana saya tahu bukan semua pelajar tahu apa yang sebenarnya yang berlaku.tapi laporan saya tentang perkara tersebut telah dijadikan berita di blog-blog yang lain dan diubahsuai menjadi berita yang sangat menarik.kerana saya tahu mereka mendapat sumber dari blog saya.dan dari blog saya sahaja lah yang mempunyai cerita seperti itu dan kronologinya juga sama ,cuma cara penulisannya lagi baik kerana mungkin dia benar-benar seorang wartawan

blog dari sudut pandangan saya
*tak suka buka blog yang berat.maknanya bila nak buka blog dia je 'jam' sebab berat sangat dengan gambar, slide , lagu sebab semua itu akan menggangu tumpuan pembaca blog
*blog yang ramai pengikut selalunya mempunyai penulis blog yang cantik dan kacak.memang begitu trendnya.dan juga jika anda seorang yang berjawatan dan terkenal, maka blog anda mempunyai pengaruh yang kuat
*penulis blog lelaki selalunya akan menulis blog yang pendek2 je lagi tepat dan padat berbanding blog penulis perempuan macam saya yang suka merepek T_T

saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimanakah untuk menulis blog dengan cara yang bagus dan dapat menarik pembaca-pembaca blog.blog saya ni tak de la popular pun.popular pun di kalangan student UDM je.popular ke? perasan je lebih..

saya tak tiru Evi Lolyta taw sebab tulis pasal blog.mungkin sebab kami sehati sejiwa kot he

1. kalau macam saya, saya suka tulis entri berkisar program2 yang saya join atau menjadi comittee member.kira macam laporan aktiviti yang tak formal la.haha kadang2 bosan jugak cerita menda2 ni, sapa la yang baca sangat tapi kenangan kan..kalau dulu tulis dalam diari, ni da ada blog, tulis la dalam blog.ramai yang singgah ke blog saya bila mereka search tentang 'Konvokesyen UDM'.at least mereka2 boleh melihat gambar2 konvo dan cerita saya di konvo yang berbeza dengan cerita orang lain

2. cerita2 yang gempak atau isu terkini.seperti baru2 ni kisah tentang pemansuhan PPSMI. selain daripada ramai orang search tentang ni, kita juga boleh kongsi pendapat dengan intelektual2 mahasiswa untuk meningkatkan tahap IQ kita.buat la bijok sekali sekala

3. kalau nak lagi gempak, tunggu la Pilhanraya Kampus tak lama lagi.buat ulasan tentang perkara tersebut. tapi anda kena banyak info la kalau nak tulis tentang tu.jangan tulis cerita tak betul sudah, nanti orang marah.kalau kita cerita betul pu,n ada orang marah jugak he wooh kalau macam hari tu, saya je sorang yang tulis pasal ni kot.sampai dapat liputan dari berita tah mana tah.boleh dia edit entri saya jadi berita dia.marah ni.haha tak kisah la. asalkan dapat menyampaikan berita yang sebenar :D

4. Link amat penting dalam blog.selalunya kalau anda link kan blog anda dengan blogger lain, mereka pun dengan senang hati link blog anda balik.tapi jangan marah kalau dia tak link anda balik.tapi yang best, kalau blog anda dilink dengan blog2 yang mempunyai pengaruh besar.kemungkinan blog anda pun akan jadi famous jugak hoho kononnya anda berkawan dengan artis terkenal dan anda kawan baik dia, confirm2 blog anda pun akan dibaca oleh peminat2nya.contoh macam Hanis Zalikha.selain baca blog dia, saya suka baca blog mak, adik dan kakak dia.saya pun suka baca blog kawan2 baiknya

5.cerita pasal link,malu pula bila blog saya pernah dilink oleh mahasiswakini.com bawah link mahasiswa UDM. bukan bagus sangat blog aku ni kalau nak dibandingkan blog2 mahasiswa IPTA lain.malu je merepek banyak dalam blog .kalau mahasiswa IPTA lain yang tulis semua isu2 yang hebat2 belaka.inilah penangan laporan PRK lepas sampai terlink dalam mahasiswakini.com. bajet terkenal sangat la blog dia ni :p

6.letak gambar2 menarik.kalau boleh setiap entri tu letak la gambar sebab kadang2 orang malas nak baca blog yang panjang berjela macam blog aku ni.so mereka yang malas nak membaca, boleh scan terus apa yang nak disampaikan lagi2 kalau anda suka merepek

7.kalau boleh lagi, gambar anda tu edit la sikit.kalau tak reti nak guna photoshop, boleh guna photoscape.boleh download photoscape di sini.senang je guna software ni dan gambar2 anda semua akan nampak menarik.

8.kalau anda ni memang hebat sangat la mengarang cerita sampai 10 muka surat sekalipun, tolong la tulis entri anda dalam perenggan.pergh penat tau baca blog yang ditulis dengan satu perenggan je.macam nak cari noktah dia pun tak jumpa. dah la tulisan pulak kecik , sakit mata adeyh.kecik2 dulu kan da belajar kat sekolah subjek penulisan.kan setiap karangan kena ada perenggan, ada pendahuluan, isi dan penutup.so kenapa tak guna ilmu yang berguna tu ke dah lupa dah ? jangan melakukan pembaziran dengan tak mengamalkan ilmu yang ada

9.Layout page : tulisan jangan kecik sangat , kesian kat orang rabun , susah dia nak membaca, dan jangan besar sangat nanti nampak hodoh . lepas tu template pun elakkan tukar sokmo.anda perlu mencari identiti blog sendiri.nanti macam dah tak unik lagi blog anda bila sokmo je templatenya ditukar.lagi bagus kalau anda mampu buat template sendiri.saya tak pandai tapi edit template buat2 bijok boleh ar.konon2 template tu sendiri yang design haha

macam template saya yang lepas...waaaa..saya paling suka design tu sebab memang cun kalau nak dibandingkan yang baru ni sangat girlish kan hoho tak pe... da nak jadi sangat lady pulak kali ni.kan lembut je tengok tapi macam perempuan sangat

10. nama blog yang senang diingat dan URL pun pendek dan senang diingat juga .macam blog saya diberi nama 'aunieZ' dan tolong lah stick dengan satu nama je. tak macho la tukar nama banyak kali. URL..apa ko bondo menatang URL ni? URL adalah Uniform Resource Locator .macam blog saya juga http://blackchix.blogspot.com.kata kunci kalau nak search 'auniez' atau 'blackchix'.confirm senang jumpa..nak ingat pun senang kan.contoh URL yang kurang bagus.
http:///akupunyablogmemangbestpun.blogspot.com

tak ke pening orang nak menaip URL blog anda panjang2.nanti silap pula satu hal lagi.lagi baik anda menggunakan nama sendiri lagi best.kan mak bapak anda dah bagi nama yang cukup menarik untuk anda.contoh :
http://aizatanwar.blogspot.com
http://shaiham.blogspot.com
tak pun macam saya dan evi Lolyta yang orang dah kenal sangat kami dengan nama blackchix dan Evi Lolyta he

11. buat lawak yang menggelikan perut dalam entri anda. biarkan pembaca blog anda tergelak sorang2 macam orang gila :p tapi nanti dia akan gilakan blog anda.macam blog mentor blog saya, Chika ( ahha sejak bila Chika setuju jadi mentor aku ni he ) , blog dia kalau tak de lawak memang la bukan nurulism.com.blog dia memang hebat sebab ramai orang baca walaupun dia bukan artis ke, ahli politik ke.dan walaupun dia cerita tentang kehidupannya sahaja tapi ramai gila orang addict atau ketagih baca blog dia.semua pembaca blognya mengaku dan percaya ada dadah terselit dalam blog dia.ramai juga cuba nak meniru penulisan dia tapi tak tahu la berjaya ke tak

12.bahaya blog pula seperti yang pernah ditulis oleh Evi Lolyta. bisa mengundang fitnah dan dengki mendengki.contoh kita amik lagi blog mentor saya , Chika. blog beliau kan memang best dan kehidupan beliau bersama suami tercinta di Austalia pun sangat macam fairytale.tapi biasalah manusia kan sebenarnya penuh dengan hasad dengki.pantang tengok orang bahagia sikit, mulalah nak manggangu dan merosakkan hidup orang. walaupun ramai yang sokmo je puji2 blog dia tapi ada juga yang dengki tulis komen teruk2 yang menjatuhkan mood orang terus.tapi Chika ni bijak sebab dia akan lawan balik dengan cara berhemah. so kalau anda nak blog anda terkenal, anda juga kena berani ambil risiko seperti ini juga

13. haaa..janganlah menulis carutan dalam blog anda.sangat tak cool.saya pernah baca blog sorang budak darjah 6 , mencarut je kerja dia dalam blog dia.mengutuk dan mengumpat kawan dengan bahasa carutan.nampak sangat tak matang lagi %Fjhd&$jjos

14. blog juga boleh buat duit, menjana pendapatan sampingan.masyuk je tak payah buat apa pun setakat menulis blog je. tak payah jual apa2 barang.letakkan iklan dalam blog anda je.caranya guna Google Adsense atau nuffnang.tapi saya masih tak reti lagi sebenarnya.siapa yang pandai tolong ajar boleh???pleaseeeeeee...tapi harap2 anda yang baik hati boleh tolong saya dengan mengklik iklan di atas header saya,kanan blog saya dan bawah setiap entri.please..please..heee..kalau saya dah berjaya nanti saya ajar anda pula ;D

15.pantang larang dalam blog.jAnGaNlAh TuLiS mAcAm nI gEdIk tAhU.tAk PeNaT kE tULiS mAcAm Ni.tak pown tulis macham ni.atau shortform yang pendek sangat macam dalam sms.tulis la perkataan yang penuh dalam blog.nanti orang tak paham la apa kau nak sampaikan.dan kalau anda marah sekalipun, tak payah lah nak tulis semua huruf besar dengan tulisan merah.annoying ok !
TAK DIGALAKKAN : tulis entri yang copy paste.kebiasaannya saya lihat blog2 yang berunsur dakwah kerap meletakkan entri yang copy paste.selalunya lah entri copy paste ni orang jarang baca.kenapa tidak tulis dan olah ayat sendiri? pasti dakwah akan menjadi lebih berkesan dan lebih dekat dengan pembaca. blog dakwah kesukaan saya yang menggunakan analogi dalam menyampaiakan dakwahnya ialah :
http://umaralfateh.wordpress.com/
http://novaadila.wordpress.com/

selamat menulis blog yang menarik lagi berinformasi :D


8 comments:

Evi LoLyta said...

Salam Ramadhan (ahah cam bek je) :P

kali ni sy nk comment pnjg2..

ahah mMg kita shati sjiwa la kot pape hal mst terdetik bnda same. walupun x sume, tp kebnyakan la kan.. haha..

ttg followers, mmg pon, mentang2 la berjawatan, glemer, mst ada yg menggedix nk jd follower ahax ! kononnye nk tonjolkn diri ke cmane ? sdgkn rapat dgn mane2 antra diaorg pon, xda kecoh pon ! lalala~
secret affair lg bek kak ~ haha

hoho blog yg konon berdakwah tp copy paste je lg2 artikel yg dh biase dimane2. mmg sy suke blog yg base unsur dakwah, sbb blog sy jauh panggang dr api ada dakwah, sbb sy bukanlah pndai berdakwah. btol tu, suke hti dia je nk copy paste artikel. dh mintak izin dgn penulis asal blm ? ahah.. lg best kalu wat ayt sdiri, guna ayt sdiri dlm menyampaikn dkwah. apa guna amik cos lagi2 DAKWAH kalu x amalkn cra nk berdakwah dgn penuh berhikmah lalala~ pndai ckp ! igt senangg ke hehe

haha mmg pon dimane2 bile jupe kita mst akn pngl kak Blackchix & Kak Evi haha ! mana kenal ? sebab blog lalala~

snang cite, xnk bace sudah ! xpyh nk kutuk sana sini lalala~ tp jgn sampai nk sebar fitnah buka aib org tu sudahla~ kalu nk buka aib sdiri tu len cte suke hti la haha..

**Sy suka sgt2 template awk kali ni. ahah. pink2 gtu. lagi2 mcm bunga rose la kn ? ke bunga ape ? haha roses lover !

aunieZ said...

EVIL LOLYTA - salam ramadhan kareem ;) ahah bgus2 coment pnjg lg bernas he ahah shati sjiwa..nk g toilet pon leh time sama..oops :p syhhh..skandal tu namanya secret affair he ..tu la..sy kureng ske entri dkwah tp copy paste je..cm xdpt mnggunakan ilmu yg ada..tulis je la pape wlupun x pndi..nnti lma2 pndai la kn he
owh tq sbb ske..bunga rose kot he

'Aizat Annur said...

berair mata baca komen koorang yg panjang2 ni..hu3

anyway setiap org ade akal n pena iaitu penulisan sendiri dlm mewarnai blog masing2

walaupun akan ada akta blog dsbgnya dalam melimitasikan hak kebebasan bersuara seseorg namun ingatlah tanggungjawab kita dalam menyampaikan info yg benar dan plg pntg dakwah kpd sahabat2 kita

mungkin...kata dan nasihat secara berhadapan x makan ajar maka blog mungkin tempat yg ideal utk menyampaikan nasihat kpd empunya badan x gitu?

saya punya blog dh genap 5 tahun rasanya...sejak matriks dah mula bertatih dalam dunia blog

kontroversi?sensasi?hot spicy?semua dah rasa dgn blog ini...anyway thanks bg komen pd ana pny blog k adios!

aunieZ said...

org yg smpaikan info yg x benar tu nmpak sgt tak reti nk mnulis n mnybeuk je dalam dunia blog ni..buat kaco org je

yeh..stuju dgn point aizat yg psl nasihat tu..100% sokong !

[Fadilah Diyana] said...

hehe,penat nyer mata kita...panjang giller entry kali ni tp menarik so kita gagahkan gak mata tuk baca...ehehe...pasal ad sense,kita tgh cuba2 ni...kalau dia hantar rm nanti kita bgtau awk...takut tersalah cara...kita bantai jer wat ni,sebab tuk subjek ecom memang wajib ada dlm blog...papehal nanti kita bgtau ye...tp tunggu dpt first commission dulu ye...

aunieZ said...

FADILAH - hoho tq sbb sudi baca entri yang panjang ni he owh ok kalu ade pape gtaw ek

adiLa said...

salam haziqah :)

panjang tips nye ye. menarik2 =)

saya bab paling lemah nak tuka layout.huhu.da penat tengok layout tu.tapi nak edit tak pandai + malas nak blaja~
.
em, macam ada point tertinggal je dalam entri ni.
--keep updating!
hehe. saya antara blogger yg pemalas mengupdate.he2. memang lari ah readers.


~ramadhan kareem +)

aunieZ said...

ADILA - he tq adila :D
layout ni kna ada pmahaman sket tntang coding, pastu kna rajin godek2 jugk

ahha btul2 kena updet skmo bru rmi singgah blog he
slmt bpose jugk

Google