Tapi impian selama 5 sem pun menjadi kenyataan. Akhirnya setelah pre-merdeka iaitu selepas habis paper software testing, pergi bersuka ria di Kuantan selama 3 hari 2 malam. Ingat macam dah habis exam terus sebab next paper iaitu etika, perancangan strategic dan komunikasi tak payah belajar pun tak pe. Bajet boleh menggunakan akal pikiran logic sahaja menjawapnya. Aminah Poh, Sila jeles kami ke Kuantan bersuka ria.sape suruh kau balik Johor awal sangat
Siapa yang terlibat dalam agenda ini : ong, pemandu yang sangat berhemah lagi baik hati, ejah; co-pilot, penunjuk arah di Kuantan merangkap tuan rumah, maj; yang banyak tidur dan tukang ambil gambar dan haziqah; yang asyik melayan emosi
Kau tahu, aku ni ada kena sumpah kot dengan pantai timur ni. Ada je benda yang tak kena dengan orang pantai timur dengan aku. Sebab masa kat Kuantan, aku terima berita sedih.eh actually berita gembira untuk orang lain.Tapi aku suka je orang pantai timur dan keadaan pantai timur tu. Dah aku malas mahu cerita yang tak baik, cerita yang baik sahaja. Tapi Siapa orang pantai timur Malaysia, sila ngorat aku sebab aku nak kahwin dengan orang pantai timur.lalala
Sampai di tempat kediaman peranginan(rumah ejah lol) di Kuantan disambut mesra oleh kanak2 riang yang sangat gembira dan mesra dengan kedatangan kami. Anak buah ejah yang sungguh ramai dan comel2 belaka. I like kids.cepatla ada anak, bakal suami pun x de T_T
Destinasi pertama, kembali ke zaman dinosaur setelah dipujuk2 oleh kanak2 comel untuk pergi ke sana. Aku tak suka binatang jadi tak teruja sangat lagi2 dengan binatang yang tak hidup. Kena bayar masuk RM 6 bertempat di Yayasan Pahang. Well boleh tahan la sebab dapat bergambar dengan dinosaur dan boleh melihat bagiamana robot dinosaur beroperasi. Dan ada satu mesin bergambar yang boleh tangkap gambar kita, kemudian send ke e-mail.terhasillah gambar gedik seperti di atas
Budak2 sila pulang ke rumah, sebab anak2 muda remaja mahu bercanda di Teluk Cempedak. Teluk Cempedak sangat cantik. Gila cun la macam pantai kat Port Dickson. Eh PD cantik kah? Tapi at least lagi cantik la dari Tok Jembal yang ombaknya menggila sekarang ni dan Teluk Ketapang yang penuh dengan pembinaan. Sakit mata taw tengok pembinaan ni. Di Teluk Cempedak adalah sesi penggambaran tertutup dan posing gedik sambil menikmati panaroma pantai yang indah.
Kat situ banyak monyet.awwww scary. I takut monkey or apa2 binatang hoho. On the way nak balik tu, ketika monyet2 senang berseronok bersama keluarga masing2, ada seekor anak monyek tersekat di jambatan kayu laluan monyet. Semua monyet2 pun bising la dan si bapak monyet pun cuba menjaga kawasan sekelilinhg supaya anak monyet diselamatkan. Tapi kami tiba2 tak paham sebab ada sorang pakcik ni tiba2 mahu menakutkan bapak monyet dan mahu menghalaunya. Kenapa pakcik itu berniat jahat? Pakcik tu tak kesian ke kepada mak monyet yang sedang cuba menyelamatkan anak monyet tu? Rupa2nya kami bersangka buruk, pakcik tu mahu menyelamatkan anak monyet yang tersekat. Kami berasa lega anak monyet berjaya diselamatkan. Tapi sekali lagi, kami berasa marah dengan pakcik tu sebab dia menculik anak monyet tu dari ibunya. Heypakcik, tak tahu ke perasaan macam mana kalau anak sendiri kena culik orang.sedih melihat kejadian tersebut
Malam pula makan di kedai ikan bakar yang terkenal di Kuantan. Sedap ikan bakarnya masak petai.walaupun petai tu busuk tapi sedap dimakan tapi aku tak makan pun petai, amik bau je.masa tu jugak ada budak2 sekolah teknik buat dinner. Dan kami juga dihiburkan dengan teletah kanak2 yang comel yang makan kat situ jugak dengan mak bapaknya.rupa2nya keluarga tersebut pun sedang bercuti Kuantan dan mereka berasal dari KL
Kemudian balik dan kembara mimpi bersama keluarga sambil tengok movie ghost rider di Astro
Esok pulak jalan2 shopping di Bandar Kuantan. Berjaya Megamall dan East Coast Mall. Kan seronok kalau Kuala Terengganu ada shopping mall macam ni. Bahagia hidup :D
Dan juga melepaskan gian makan kek di secret recipe setelah kempunan sejuta tahun :p
Dinner di Santai Restaurant. Cantik gila tempat ni. Kalau kau pernah pergi Bora Ombak atau Bora Asmara, lebih kurang macam ni lah restorannya. Tapi penuh gila, sampai kena mengunggu giliran untuk makan.padahal masa tu baru pukul 8pm lebih. Aku makan lamb chop sambil berdebat dengan Ong yang mengatakan lamb tu lembu. Lamb kan kambing ..apa la..
Esok pagi pulang ke pangkuan UDM tercinta. Tapi yang pasti, kena la singgah mesra mall untuk beli Big Apple Donut yang takkan jemu dimakan
p/s : aku menyampah kalau orang eja QuAnThaN macam ni. Gedik gila, bajet hot la
10 comments:
ehem2..sapa yg byk tdo...esp dlm kete? sy xpenah tdo pon...
xpuas shopping! de duit kte g plop! :)
g xajak orang..waaa!
MAJ - he sbb awk da bnyk tdo kat umh so sy tdo la dlm keta :p
TEHA - Ahha nt kte g sma ek.slamat berKARNIAWAN :)
besh nyew :D nak itOOoott :D
agak sadis ya, kalo tada shopig komplex di ganu sila bepindah ke negri jiran..huhu
akak,,xde makne nye g karniawan..kltn dah banjir..huhuu
WAN MUNIRA - jom la along..heee
INIAKU - sapekah kamu..mmg misteri btul..haha kalu la udm ni boleh dipindahkan ke negeri jiran..smpadan negeri jiran pn x mengapa :p
TEHA - alololo..ciannya..tak pe..g bln 2 la ek he
ika, tau x d best part tuk cter nie? ayat yg last skali 2! yg ika xske dgn ejaan QUANTHAN! klakar lak rasa nya! sbb ika ckap mcm bjet hot...! hehehe! nyway, mmg ngade pun kalo eja mcm 2! =p
NADIA - ahha kelakar ke..tu ayat mnympah tu hehe btw thnks sbb sudi bca story2 lama saya he
Post a Comment