Thursday, February 03, 2011

Pearl Oriental, Bukit Jalil Golf and Country Resort : Happy Chinese New Year 2011


Tahun baru cina kali ni, rasa macam seronok nak menyambutnya sebab makin ramai rakan2 berbangsa cina


Sebelum Chinese new year, team Nexus Interactive Sdn Bhd pergi celebrate di Oriental Pearl, Bukit Jalil Golf and Country Resort. Chinese restaurant. Halal ke? Insyallah halal :)


First time makan makanan cina. Teruja dan takot. Teruja sebab saya memang suka cuba makanan2 baru kan, takut sebab takot tak boleh terima makanan2 tu

Kitorang, student intern je poyo2 pakai cantik2 pergi dinner. Orang lain sempoi aje. Hehe malu jugak berlebih2an siap pergi cari lagi baju merah semata2 untuk raya cina. Macam kita pulak yang beraya kan


Kita mulakan dengan yee sang. Menu wajib untuk CNY. Huwat laaa…maksudnya kaya..kaya..( kalau salah harap diperbetulkan) lepas tu kena gaul dengan tinggi2.. Yee sang ni sedap ok..walaupun bahan2 dia Cuma sayur je dan dicampur madu tapi memang sedap la..


Pastu shark fin soup with crab meat. Yummy..sedap jugak..tambah dua kali. Tak boleh tambah banyak2, takot tak cukup perut untuk makanan lain


Then udang masak merah kot ( suka hati aku je ubah nama jadi nama melayu) dan steamed patin atau dalam bahasa melayu nya ikan patin stim. Dua2 ni pun sangat sedap je , rasa nak makan banyak2 lagi..tapi ingat..kena simpan perut untuk makanan seterusnya.


Tauhu n mushroom..adeyh tak ingat nama penuhnya tapi memang terbaik la. Then nasi goreng itik. Cuma yang ni je kureng sedikit.


Untuk dessert dan kuih muih, pun sedap juga. Satu nama dia mochi, satu lagi tak taw..uwaaa..terlupa nak bawa menu balik.


Dan akhir sekali pencuci mulut, sweet longan. Segar rasanya selepas meminumnya


Balik, kenyang nya perut. Alhamdulillah dapat makan sedap hari ni. Tapi saudara seislam kta di sana sedang kelaparan. Doakan mereka semuanya selamat dan sentiasa dilindungi Allah



Happy Chinese new year to all Chinese all over the world ! happy Rabbit year, the year I was born :)


1 comment:

ovum dan sperma said...

haziqah...aku da ade blogspot..kempen skit...heheheheheh~

Google