Monday, February 07, 2011

Resipi Marble Cheese Brownies


Hari ni saya rajin nak masak brownies dan menulis blog dan berkongsi resipi. Ahha rajinnya saya :p

Marble Cheese Brownies

Bahan untuk brownies
250 g butter
1 cawan koko
3 biji telur
1 ½ cawan gula castor
½ cawan susu cair
1 ½ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp esen vanilla

1. Butter dicairkan di dalam kuali atas api kecil je
2. Kemudian masukkan koko dan dikacau rata
3. Masukkan telur ke dalam adunan , pukul lagi
4. Kemudian masukkan gula castor, susu cair , tepung gandum dan bahan2 yang lain satu per Satu
5. Kacau sehingga adunan sebati
6. Tuang ke dalam Loyang dan tinggalkan sedikit sahaja adunan brownies untuk decoration bersama cheese
7. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 175 darjah celsius selama 20 minit atau tiga perempat masak

Bahan Untuk lapisan Cheese
250g cream cheese
1 cawan gula castor ( boleh kurangkan kalau tak mahu manis2)
1 biji telur

1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
4. Kemudian tuang ke atas brownies yang hampir masak tadi
5. Lorekkan macam bentuk marble
6. Bakar selama 15 minit lagi sampai warna keperangan sedikit

Saya dapat resipi ni dari sini. Selamat mencoba :D
Ahha maaflah rupanya tak berapa cantik tapi rasanya sedapppp …[angkat bakul sendiri]


3 comments:

Majdah said...

yg mcm mak awk buat ker? sedappp...huhu

aunieZ said...

sy buat lol

uMie_cHan said...

mcm sdap jek .... ;p

Google