Monday, February 23, 2009

what goes around comes around

hidup ini sangat seronok bukan? sebab apa? sebab dalam hidup ada yang pahit, manis, tawar dan itulah yang menjadikan hidup kita yang Allah telah tetapkan dalam Qada' dan Qadar sesuatu yang lain daripada yang lain dari orang lain dan setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza cuma masa dan tempat sahaja mungkin berbeza

minggu lepas banyak perkara yang tak diduga telah berlaku dalam hidupku dan walaupun kadang-kadang ia amat menyakitkan tapi bila dilihat di sudut yang positif kita akan melihat ia sebenarnya suatu hikmah dan pengajaran dalam hidup kita.aku suka mencari hikmah bila sesuatu yang dirancang tak menjadi atau tidak mengikut apa yang aku harapkan dan yang pasti semuanya dari Allah S.W.T dan aku tahu Dia amat menyayangiku dan sebab itu Dia mengujiku supaya menjadi lebih kuat dan tabah dalam menempuhi hidup yang penuh ranjau dan berduri walaupun kadang-kadang kita dapat merasai betapa manisnya hidup bila di samping orang yang kita sayangi dan nikmat iman dan islam dalam hidup ini

"Dan kami pasti menguji kamu dengan sedkit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar
Surah al-Baqarah ayat 155"

aku suka nyatakan di sini aku tidak suka bermusuhan dengan sesiapa pun. biarlah orang membenci diri aku tetapi aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan orang yang membenci diri aku sebab aku percaya dengan balasan baik dibalas baik yang jahat dibalas jahat. what goes around comes around. what goes up must come down! itulah nasihat seorang ustazah yang aku pegang sejak darjah 4 lagi semasa bersekolah di sekolah agama rakyat Seksyen 18,Shah Alam. beliau menasihati jika kita tidak suka sesuatu perkara itu, maka janganlah kita membuatnya kepada orang lain.sebab kalau kita buat jugak , kita akan terkena juga suatu hari nanti. bila ada orang tidak suka kepada diri aku, maka untunglah orang itu sebab dia akan sentiasa dalam ingatan doa ku ;)


minggu lepas dua program KKU telah selamat dijalankan iaitu catur bistari dan malam usahawan siswa. ramai yang salah anggap catur bistari tu seperti catur biasa sahaja. memang salah sangat sebab catur bistari tu sebenarnya satu permainan (board game) yang berkonsepkan seperti monopoli cuma bezanya kad2 yang terdapat dalam catur bistari itu dan masalah dalam perniagaan sebenar dalam catur bistari itu. maklumat lanjut sila klik sini


di malam usahawan siswa pula, en Wan Shahrin, penasihat KKU tidak dapat hadir kerana masalah2 tertentu. jadi En Fauzan telah menjadi VIP malam itu. terima kasih banyak En Fauzan yang sudi hadir dan sangat kelakar hehe di malam usahawan siswa itu KKU telah menghebahkan suatu berita baik kepada ahli2 KKU iaitu tentang pembukaan satu kiosk yang akan dikendalikan oleh ahli2 KKU di cafe baru dan saham seunit akan dijual dengan harga RM 20 . kiosk ini berkonsepkan seperti 7Eleven dan koperasi dan menyediakan perkhidmatan seprti printing dan fotokopi juga. ramai ahli berminat untuk menyertai kiosk ini


pada jumaat malam pula, MPP UDM telah menjemput kesemua MajlisTertinggi 66 kelab dan persatuan di UDM untuk sama2 berdiskusi dan berbincang masalah2 kebajikan di UDM. perjumpaan ini suatu yang amat menarik kerana ia suatu platform pemimpin2 pelajar dapat bertukar2 fikiran dalam memartabatkan UDM dan menjadikan UDM suatu institusi pendidikan tinggi yang terbaik dalam semua bidang. diharapkan MPP UDM akan bekerja keras lagi dalam memperjuangkan masalah2 kebajikan pelajar UDM.syabas diucapkan kepada MPP UDM kerana telah berjaya menganjurkan suatu perjumpaan yang berjaya. aku ada nak bagi sedikit cadangan pada malam itu tapi seperti biasa masa memang jeles sangat kat aku.maklumat lanjut tentang apa yang berlaku pada malam itu sila masuk sini MPP UDM

p/s: ok memang entri ini sangat bosan dan aku tak de idea nak menulis tapi nak update jugak punya pasal. sekian semoga bahagia !


1 comment:

13may said...

Salam,
Apa kabar?

Take care :)

Google