Friday, May 15, 2009

semua orang sibuk berpraktikal, aku?

kalau tidak merancang apa-apa aktiviti dalam hidup pasti akan menjadi sangat bosan dan mungkin boleh terkena penyakit bosan.cuba bagi sikit apa aktiviti yang boleh hilangkan bosan?

"cari lah kerja"
nah..kalau lah aku dibenarkan kerja , dah lama pergi kerja dah.ini diharamkan bekerja (semasa sedang belajar sahaja).sungguh kejelesan amat tahap super saiya bila tengok orang yang berpraktikal bukan main seronok bekerja.oh silap..bukan tengok..dengar dan baca..jeles2..at least they have something to do, dapat pengalaman lagi walaupun tidak dapat elaun, dan tidak kebosanan seperti aku

"pergilah berjalan-jalan"
oh sesedap rasa je suruh pergi berjalan-jalan2 ye..meh bagi elaun berjalan kat aku.tak pun bagi elaun bershopping.pasti hajat untuk berjalan-jalan sudah lama ditunaikan.adoi..sakitnya jiwa.jiwa ini memberontak hendak pergi membeli-belah.dah lama nafsu membeli-belah ini dikawal.sebab duit membeli-belah tidak dapat ditunaikan oleh abah buat masa ini T_T kau tanya perempuan mana tak suka pergi shopping.eh pasti ada lah bukan.tapi golongan itu hanya minoriti.sakit jiwa dan nafsu shopping lagi bila tengok blog-blog yang menjual baju, seluar, tudung secara online.rasa mahu grab semua tapi apa kan daya..

"tak lepak bersama kawan ke?"
adeyh..saya mahu melepak bersama kawan2 tercinta saya tapi mood untuk melepak masih tiada ditambah lagi dengan duit dari langit tak turun lagi.lepas ni buat solat Dhuha setiap pagi,insyaAllah rezeki akan datang bergolek-golek amin...

jadi apa kau buat cuti ini Haziqah oiii..?!!!

apa aku buat ye?pagi..lepas subuh tidur semula, memang rezeki lari betul.bangun semula pukul 9am ++ .malu la pulak bangun terlambat ini dengan mak .mak membebel-bebel bangun lambat.sudah set jam dalam otak mahu bangun pukul 7.30am.ceh konon kejap je la tidur tu.tapi kerana mimpi selepas subuh punya la syok mana la nak bangun.isy2

kemudian sarapan pagi bersama emak dan adik lelaki.lepas tu online.blog, friendster, facebook apa lagi yang boleh di online semua aku buka dalam satu windows sahaja

kemudian pergi memasak nasi dan sayur sahaja.aik tak kan nak diet sangat sampai makan nasi dengan sayur sahaja? bukan..bertenang2..itu saya yang masak..emak memasak lauk2 yang lain, dan saya hanya jadi tukang kacau atau masukkan ke dalam periuk dan kuali.

selepas sudah masak, makan tengahari la apa lagi.lepas solat zohor menonton cerita 'upik abu dan laura'.cerita indon yang sangat gedik.saya suka tengok cerita macam ni.biasa la gedik la bukan.betul tak eda?tapi tak la segedik Laura dalam cerita itu.cuma suka tengok orang yang perasan princess barbie yang sangat comel.nampak sangat aku tak matang lagi

kemudian sambung online lagi sampai asar.lepas asar jika berkesempatan online, online lagi.maghrib hingga isyak diperuntukkan waktu untuk beribadat.selesai beribadat,online lagi sampai tengah malam, kerusi pun sudah panas minta aircond! tak pun melayan movie2 dan series yang masih belum ditonton

hah..tak de kerja online sahaja ke.dengan online sahaja la dapat menghilangkan kebosanan.sudah la tiada siapa2 mahu ajak saya dating, tiada siapa2 mahu mesej2 saya sebab sibuk berpraktikal dan bekerja outstation, tiada siapa mahu belanja saya makan, tiada siapa mahu call saya.jadi saya hanya dapat mencari hiburan dengan si mata satu di alam maya.sungguh sedih T_T

kan entri yang lepas saya kata
"nak makan sedap2..big apple, nandos, spaghetti, pasta, macaroni..ko tunggu aku !"
hah sudah tercapai sedikit impian.antaranya :


takoyaki ball! makanan jepun yang saya boleh makan akhirnya.sushi? jangan harap tekak ni nak telan.sedap jugak rasa takoyaki ball seperti jemput2 yang lembik isinya di dalam.

ada 4 jenis perisa: sosej cheese, crab, squid dan prawn.saya beli perisa squid sebab sotong memang kegemaran saya.oh, ini dibeli di kiosk milik cikgu kemahiran hidup saya semasa tingkatan 3, cikgu rokiah.cikgu paling hebat berniaga.ada pusat tuisyen yang sudah lama bertapak dan kiosk ini yang terbaru kot yang terletak di shah alam mall.
Danidana Takoyaki.nama diambil sempena nama anaknya.cerita lain pasal takoyaki ball di blog Eireen Camelia Rusli

makan di secret recipe pertama kali bersama famili.aku taw la kau dah banyak kali makan di secret recipe bersama famili pun tak kecoh ( pinjam quote chika ) sukati aku la nak kecoh.chika kata blog memang tempat nak show off.siapa chika? tuan punya blog yang letak dadah dalam blog dia.jangan masuk blog dia nanti kau ketagih langsung kena masuk AADK.haha masuk la blog dia kalau berani.kalau ketagih aku tak tahu.jangan minta tolong sama aku :p (perenggan ini dipetik dan dibuahsuai daripada blog cik Puan Chika)


ok back to the story, first time makan bersama keluarga tercinta di secret recipe.kau kan dah selalu makan kat secret recipe so pasti tahu apa makanan di situ kan.malas nak cerita.tengok je la gambar.


mencuba membuat caption yang tidak lawak


jangan membazir sebab nanti akan berkawan dengan syaiton.jadi la macam kami, habis licin kesemuanya


adik kata " lain kali datang sini nak makan apa pulak ye"

hujung minggu ni pasti sudah tak bosan lagi sebab sudah ada aktiviti yang dirancang bersama keluarga

tapi kebosanan juga lagi sebab ada orang asyik pergi outstation.kerja nombor satu.yang lain belakang kira
maran > pangkor > tanjung Rhu
seronoknya dapat berjalan-berjalan pusing Malaysia.
aku? pusing shah alam je..


11 comments:

CHIKA said...

Terima kasih sebab memanfaatkan entry Chika yang dibuat secara penat terlelah-lelah.

sahutlah cabaran ; Blogger memang kaki Show-off. So what?

HAAHHAHA

aunieZ said...

ahha sungguh terharu chika sudi mengkomen di blog yang tak sehebat nurulism.com ;)

yeh..saya seorang reader yg akan menyahut cabaran dan menyokong chika no matter wat except yang menentang syariat je la tp pasti chika tak kan buat semua itu kan ;)

I.L.Y.A.N.I.E said...

Hihihi
kamu bila plak praktikal?

=)

IRA said...

hey haziqah! this is my first time visiting ur blog ;p

btw, pnah dengar bout tokayaki ckgu rokiah tuuuu..but never had the chance to try outtt! sedap takkkk i love tokayakiiiiiiiiiiii tp slalu beli kat midveli jeekk hehehe

aunieZ said...

ILYANIE - praktikal..? lamabat lg..sem 8 ..lagi 2 thn huhu

IRA - ehe welcome2
ahha blk msia try la ..sdp jgk..tp x taw la cos x pnh mkn other takoyaki kn heee
now x yah jauh2 cri tako da ;)

Faris Adli said...

kau? sibuk makan je...kurangkanlah makan tu..insaf sikit.ramai yang tiap hari tak cukup makan.buat lah benda lagi faedah macam lawat laman web farisadli.via.my ke

Anonymous said...

hehe...upik abu n laura? best2.. princess barbie.. gedik2 pon rangga suke jgk..;p

haa..big apple de prise baru..guess what--> durian..haha..wana try? ;p

hurm..jgn kisah ckp si ori tu.. dah de rezeki mknn, kte mkn je la kn.. ade faedah ke lwt lmn web die? ;p

~maj >.<

aunieZ said...

FARIS - ala dengki faris..tak dpt mkn best2 ngn aku tu ckp je la hhoho
lawat farisadli.via.my? baik aku lawat www.udm.edu.my haha

MAJ - ahha betul2 gedik2 pon ttp cumel he
ye ke ade prisa durian? x nkkkk!!!
ahha betul2 baik kite g lpak kat NR ke lagi brpaedah dr lman web dia :p

Faris Adli said...

ada faedah ke tak tak penting, yg penting aku ada website sendiri..bole buat apa saje kat website aku.. siap bole buat emel..banding dgn orang tu..

ingat sikit, hari ini kita diberi nikmat makan, tapi siapa tahu nikmat tu ditarik?

Anonymous said...

ingat sikit, hari ini kita diberi nikmat makan, tapi siapa tahu nikmat tu ditarik esok hari?

orang yang bodoh sombong ialah orang yang tak mahu berkongsi ilmu dengan orang lain..dia dengan dunia dia je..

aunieZ said...

org yg suka cari gaduh adalah org yg paling tak bagus .ke mmg bgus cri ksalahan org lain?
asyik cari ksalahan org lain apa brg
sukati la nak makan ke
itu suatu nikmat
jd guna la sebaik2 nya
bkn utk mnunjuk2
tp at da same time bukan kah telah mmpromote utk kbaikan org lain?
think about bisnes man n how to get da money not just think how to program a thing
or if ur program could benefit to others, its better other than provoke other people wit no such thing ;)

oh really ko ade website sndiri? do i care? ada ke org nk msuk website tu?

ke tak jumpa maklumat yg berguna dalam blog aku.buka mata bsar2..tak gne bermata 4 kalau tak mmnfaatkannya hek

Google