masa tingkatan 4, antara kelas yang semangat cantikkan kelas sempena hari kemerdekaan.tengoklah kelas sudah bertukar menjadi tadika
cara aku, kalau setakat pergi ke shah alam mall yang aku anggap seperti ke kedai runcit, perlu ke nak berhias seperti ke majlis makan malam.cukuplah sekadar menyapu bedak muka baby johnson dan secalit pelembap bibir.shah alam mall je..bukan KLCC atau mid valley hek .lagi-lagian kalau pergi secara tergesa-gesa hendak mencari sesuatu yang penting seperti barang dapur, lagilah aku turun seperti membeli ais di kafe pok din je
si comot dan mereka yang cantik
teman sepersekolahan aku terutamanya di SMKS9 Shah Alam berasal daripada keluarga-keluarga yang elit.mereka semua cantik-cantik dan kacak-kacak belaka.semua muka-muka komersial.kalau nak bandingkan dengan yang aku muka kampung sahaja., 'bagai langit dan bumi', bagai aur dengan tebing..eh salah..salah..
muka yang tak kan pernah berubah sampai bila-bila kot
di sekolah, aku boleh lah dikatakan antara pelajar yang bolehlah pintar kadar-kadar 0.001% albert einstein atau mungkin rendah lagi kot daripada tu.tapi di sekolah ini perbezaan taraf antara pelajar bukan dilihat dari sudut kepintaran ke, sudut kerohanian ke atau sudut kebolehdebatannya.tapi dilihat dari sudut kecantikan dan kepopularannya.ada pula yang menggelarkan mereka dengan nama-nama kumpulan yang bermacam-macam.boleh kata kalau kau pernah tengok movie seperti mean girls atau apa-apa cerita omputih yang lain pasal budak-budak sekolah, macam tu gak la sekolah aku kot.cuma mungkin tak segedik dan sekejam cerita mean girl la.yang pasti aku bukan la manusia yang terletak dalam kategori-kategori ini tapi yang pasti juga aku selalu berkawan dengan mereka-mereka ini.pelik juga ya? nampak sangat nak tumpang glamour.tak malu betul
bila da habis SPM masing-masing dengan haluan masing-masing.tapi di sini lah kita boleh lihat yang mana satukah sebenarnya kawan-kawan kita semasa di sekolah dahulu
teman sampai mati.masa konvokesyen.eh sekolah pun ada konvo taw.kenapa Universiti tak ada lagi ni..OOPS!
kawan-kawan yang aku masih berkawan atau boleh kata kamcing la dan boleh diajak melepak bersama hanya ada 4 orang sahaja, eton, dyra, ernie dan wa.yang lain seperti yang aku katakan di atas , aku amat segan nak jumpa dengan mereka
kenapa segan? tak de hidung ke? ke jerawat tumbuh seluruh muka sampai jadi si mawas?apa kena mengena pulak dengan si mawas ni
aku segan dengan mereka sebab mereka semakin cantik, semakin matang, semakin bergaya, semakin dewasa.aku pulak, masih macam budak-budak sekolah yang berhingus.sampai semasa reunion yang diadakan sebelum aku menjejakkan kaki ke UDM, seorang kawan ku berkata "ko ni dari sekolah dulu sampai sekarang sama je"
bersama exchange student dari jepun.apsal muka aku cam takut sangat hah?
"jadilah macam diorang"
lebih baik jadi diri sendiri kan, walaupun sebenarnya lebih baik membaiki diri supaya menjadi lebih baik.teringin jugak mahu bergaya cantik seperti mereka tapi aku bukan berasal dari golongan elit-elit, bukan juga diberi wang saku membeli belah setiap bulan, alamatnya baju aku yang boleh kata cantik dan sesuai untuk dibuat berjalan-jalan tak banyak pun.malu juga bila melepak, akan kerap bertukar baju yang sama.see da malu ni
gambar kesukaan aku sebabnya aku nampak sangat kurus di sini..kan..kan?
tapi aku suka melihat perkembangan mereka di laman-laman sosial maya seperti kawanster ( sila baca friendster ), ruang saya ( sila baca myspace ) dan muka buku ( sila baca facebook ).hanya di situ saje la aku sedikit berani dan kurang segan bertegur sapa dengan mereka.ada yang sudah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata pertama ( aduh heavennya), ada yang menjadi model iklan dan baju,pelakon,penyanyi yang masuk program realiti tv, ada yang belajar di seberang laut dan ada yang sudah bekerja. seronok sangat melihat mereka bergembira dan bersosial di laman-laman tersebut.aku selalunya lebih senang menjadi pemerhati yang senyap
tapi di UDM, bagi aku tiada perbezaan taraf seperti yang dinyatakan di atas membuat aku senang dengan segenap lapisan masyarakat di UDM
p/s: cubaan mengedit gambar menggunakan photoscape.cantik juga kan
mood : ulu sepri, n9
16 comments:
uit rndh diri plak..just be urself...2 lbh m'buat kan kite sng..btl x??hehe
kak ble kte nk g b'poye-poye b'sme..haha
haha kena rndah diri sbb kalu tinggi diri org lg bnci he
jom la..tp x taw bile huhu
walau di mana kita berada anggaplah ia tetap diri kita jangan diri kita terpengaruh dengan persekitaran tetapi biarlah diri kita mempengaruhi persekitaran...jika anda berjaya maka anda adalah hebat!
kali ni sy sokong aizat..wahaha
wah..hebat nyer..simpan lagi gmbr2 lama..best nyer ingat lagi kenangan2 lama...kadang2 kalau tengok gmbr mesti tersenyum sendiri...masa terus berubah...manusia perlu berubah..persekitaran perlu berubah.. berubah kepada sesuatu yg lebih baik...tapi sejarah xkan boleh diubah..sejarah boleh dicipta..(dari ahmad-my friends)..
hye..
first time komen
sini ehe :)
oh u org s.alam la eh
x tau plak.. so blaja
kat udm eh? dah abis?
AIZAT - thnks 4 ur words.mmg mmbakar smangat.oh i rly wish dpt pngaruh psiktaran.thnks fren ;)
ASMAA' - hah bagus la da stuju haha
NABIL - mmg best pastu snyum sorg2 sbb tgk klakar n ingat knangan2 lalu heee tq gak dik 4 da words ;)
NIEJA - he yep i org s.alam.study kat udm but next sem da msuk 3rd year n lom abis lg huhu
oh wow! i know! smks9 is like that right ;p i so miss smks9! too bad i was only there up till form 4 jeee! haziqah, it's been a while right! lama tak jumpe! hope to bump into u someday ;p tu pon tunggu la nak dekat2 raya nnti sebab time tu baru ade kat msia..heheh :) :) :)
sesunguhnya kenangan waktu sekolah adalah kenangan yg terindah..
terima kasih komen dalam blog nisa' ya kak ika..
lama dah tak jengok blog kak ika..
wasalam
IRA - ahha malu la u baca psl tu hehe
yep lama x jumpe kan .rasanye terserempak dgn u msa kat sacc lama da huhu..k hope 2 c u soon :)
ACAX - he mmg indah ;) sama2..slalu je tgk blog nisa' ;)
haziqah,memang xdpt dinafikan benda2 mcm tu memang ada kat sekolah termasuk di u kita skang ni tp kan kita rasa xperlu kita menjadikan mereka idola @ terikut2 trend mereka hanya untuk jd popular...selama manalah popular dlm konteks mcm tu...
kita selalu tertanya2 kenapa perlu menunjuk2kaan body dan bersosial secara berlebih2an untuk diterima ramai???bahagia ke hidup mcm tu???kadang2 kita sendiri rasa down n rendah diri mcm awk...tapi kita takut,takut kalau kita berlebih2an nanti kita dimurkai oleh Allah...
so xpelah kalau kita xpopular,xhot dan sewaktu dgnnya janji kita tersasar jauh...
p/s-haziqah,xyah malu tau nak jumpa mereka...kita ske tgk awk yg skang ni,malah kita kagum, dgn perubahan awk...keep it up!!!
k.iqa sy mmg stju dr awl la..haha
FADILAH - Thanks fadilah ..tapi kat U kite , kite tak rasa cmtu ;)
betul tu..kite da bsar pnjang kn..so da leh nilai apa yg tbaik utk kite
oh fadilah..jangan lah puji sebgitu..tak layak rasanya..iman kite ni kdg2 naik kdg2 trun..huhu
COKELAT - ye la adik asmaa' :p
assalamualaikum haziqah . remember me ?? (^^,) hehe. you are right about our old school.kita serupa lah rasanya.. tak setanding dengan bebudak lain. hehe.
anyway, menariklah gaya tulis you. i hope we can go out and have tea when i come back to malaysia.*wink.
p/s: can i link your blog at my page? (bls kat my page yeah)
wsalam izyan.thnks cos visiting my blog ;)
he org yg mcm kite kot dpt rsa kn..bukan sume org kn..n yg pnting knyataan kte sume ni btul kn ;)
aww..thnks 4 ur compliment.owh sure..da lama x jumpe izyan.psti ada bnyk topic boleh kite bncangkan
ziqa.. kite tak perasan bile awak upload pic2 ni.. well.. ade kite gak! hehhe.. thanx for upload.. i tot i dun have any pic from our high skewl. ye2 masih ingat. ziqa je sorunk yg rajin bergambar.. hehhe
Post a Comment