Tuesday, September 08, 2009

dugaan yang mengajar dan menguatkan


fuh terasa gila bila baca bunting yang dibuat sempena ihya' Ramadhan antara kerjasama Fakulti2 di UDM dan MPP UDM. tahniah kepada saudara Zaim atau lebih macho dikenali sebagai Dato' Zaim kerana telah merancang suatu program yang bermakna sepanjang Ramadhan ini

Ramadhan..sangat rugi bukan, kalau tak menambahkan amal ibadat tapi menambahkan lagi dosa.sangat rugi bukan,kalau otak asyik pikir nak buat maksiat,bukan berzikir mengingati Allah.sangat rugi bukan, kalau duk cari duit tambahan dengan berniaga tapi meninggalkan solat sunat terawih berjemaah di masjid sebab badan dah penat

tak kata kat siapa2 pun,hanya ingatan kepada diri sendiri.sedih Ramadhan berlalu tanpa peningkatan iman T_T

banyak perkara berlaku di Ramadhan kali ni.bukan sahaja melibatkan diri sendiri tapi melibatkan sahabat2 juga.ujian melanda begitu hebat tapi masing2 memberi sokongan.itulah namanya sahabat

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup


bermula pada awal Ramadhan , sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.adoii takutnya!! Ikatan persahabatan yang semakin rapat menjadi sedikit renggang akibat tersalah berbicara.ujian dan assignment yang datang bertalu2 dengan lecturernya pun sudah naik bekeng sebab pelajarnya langsung tidak 'act' seperti pelajar universiti.rakan sekelas,Faris Adli yang dimasukkan ke dalam wad dan dibedah akibat apendiks. pemergian sahabat yang melanjutkan pelajaran ke luar negara.

takziah kepada sahabat kesayangan saya, Siti Khadijah bt Bahrin @ Ejah kerana pemergian ayahanda yang tercinta menghadap ilahi pada malam nuzul quran, 17 Ramadhan 1430H.beliau mendapat pangilan daripada ahli keluarganya semasa kami sekelas sedang berlatih latihan sketsa untuk projek etika kami.dengan keadaan masih terkejut dan tak percaya dengan berita itu, kami terus bergerak ke Kuantan malam itu juga untuk menghantar beliau.terima kasih sangat kepada rakan2 sekelas yang menghantar kami dan memberi sokongan serta mengambil berat akan keadaan beliau.terharu sungguh melihat simpati sahabat2 sekelas.

aku, Ong, Maj dan Ejah bergerak menuju ke Kuantan pada malam itu.sesampainya di rumah Ejah, apabila melihat sekujur tubuh ayahanda beliau yang sudah tidak bernyawa, teringat abah pula.tidak dapat bayangkan keadaan itu berlaku padaku jua.

Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “ innalillahi wa inna lil raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali)Surah al-Baqarah ayat 156

arwah Ustaz Bahrin, ayahanda Ejah pergi dengan tenang menghadap ilahi.wajah arwah tersenyum dan pasti bahagia menemui yang Maha Kuasa.kealiman dan kewarakan arwah amat dihormati pelbagai pihak. walaupun aku tak sempat berjumpa dengan arwah ketika hayatnya, tapi apabila mendengar sifat2 peribadi arwah yang seakan2 abah, aku jua turut menitis air mata kerana pemergiannya.ramai sahabat2 arwah yang datang melawat dan memberi penghormatan terakhir kepada arwah.semoha rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalanagan orang2 soleh. al-Fatehah

Ramadhan ini jua aku belajar dan semakin percaya dengan ayat Allah dalam Al-Quran

apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta"(surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Allah akan sentiasa menguji hambanya, adakah benar2 hambanya itu sudah beriman, adakah kuat imannya dalam mempertahankan prinsip yang telah dipegangnya selama ini.kalau iman sesorang itu masih tak cukup kuat, pasti akan terjerumus kembali ke jalan yang sesat
contohnya kalau prinsip sesorang itu, tak akan kacau pakwe, tunang or suami orang.Allah betul2 akan uji dia dan meletakkan dia di situasi tersebut.betul ke dia memang tak kan kacau hak orang lain jika dia berada di situasi tersebut?kalau kononnya dia tak nak bercinta sehingga habis belajar, adakah dia mampu menahan godaan daripada lelaki kacak atau gadis cantik apabila dingorat?jika dia benar2 kuat, mungkin dia dapat menjauhkan dan mengelakkan diri dari situasi tersebut

kita juga tidak tahu apakah hikmah di sebalik kita diuji.mungkin itu adalah balasan kesalahan yang pernah kita lalui dahulu. kita sering mengatakan kenapa kita diuji dengan dugaan yang seberat itu?sedangkan kita tak tahu apakah hikmah di sebalik kejadian tersebut.Allah tak akan menguji seseorang itu jika hambanya itu tak akan membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya (Al-Baqarah ayat 286).

Ramadhan ini mengajar aku tentang pelbagai jenis CINTA
CINTA antara benua dan jarak jauh
CINTA pertama yang sukar ditinggalkan dan dilupakan
CINTA yang dipermainkan dan dikhianati kepercayaannya
perasaan CINTA yang boleh dikongsi dan dibahagikan
CINTA yang bersandarkan nafsu
CINTA tiga segi yang macam mesh topology
CINTA orang ketiga dalam perhubungan seseorang yang sering dikatakan pengacau
si setia kepada CINTA walaupun selalu disakiti
CINTA pasangan yang masih sukar memahami pasangan masing2
CINTA kepada ibu bapa yang membahagiakan
CINTA kepada Allah yang haqiqi yang tak kan kecewa


oh donut big apple sudah dijenamakan semula nama dan donut2nya.waaa..sudah tidak ada lagi iceberg, tiada lagi dancing queen, tiada lagi marble duke T_T saya tetap suka donut big apple yang lama.tengok donut2 baru di sini


11 comments:

'Aizat Annur said...

oooo...bagus pose pastu jual kat bazar pastu makan big apple....
x bagi donut pun....he3

Evi LoLyta said...

oo0o0o patutla xnk bg bace sgt2 masa nk post.. haha.. menyindir aku la tu 'CInta ANtara BEnua CInta JArak JAuh' .. adehhhh

sabir said...

ye la...ustazah...cinta mcm kenal je ayat...tp ape pn tarasa jugak ayat yang di hantar he....tp xpe kita kena tabah semua dugaan

sabir said...

lawa latar belakang baru nk tukar jugak tlg ajar blh x

aunieZ said...

AIZAT - hehe sdap taw dount..jgn jeles u :p

EVI - he best tak entri saya kali ni..mesti makan dalam kan :p

SABIR -ye ke kenal ayat psl cinta tu hoho nak tukar bground lagi? boleh je

Mohamad Shaiham Bin Ibrahim said...

weh weh... korang nih aper yg suker tukar theme jer keje....

ish ish ish.... tak istiqamah betul...

tEHa said...

k.iqa..
kim slm kt k.ejah yer...
say takziah to her...
terase jugak sy.bln2 pose nih..huhuuu
ermm,,cmne die??hope die tabah...

izzuddin2020 said...

memang memmng..semakin kita mengahampiri penghujung ramadhn, semakin kuat dugaan yang datang..uish...kena sabar ni.,...

teringat pendekar bujang lapok:

"aih cooobaaaaaaaaaann"..hehe

aunieZ said...

SHAIHAM - Ala..tpaksa tuka theme ni sbb aritu pnye rosak taw hoho thks 4 da compliment :D

TEHA -oh insyaAllah. thnks teha .ejah ok je ;)

IZZUDDIN - cabaran2 itu insyaAllah utk pningkatan iman :D

Aisyah Helmi said...

along sedapnya!
lepas along balik jom makan eh!
love you along..

sya

aunieZ said...

aah sdp sgt sya :D

Google