Monday, December 28, 2009

Berani untuk gagal


Eceh siapa berani untuk gagal? Siapa je nak gagal?tak de sape pon nak gagal kan. Tapi adat la bila manusia tu menemui kegagalan, akan berasa sedih, kecewa, marah, geram, putus asa, tak de semangat hidup. Tapi kegagalan its not the end of the world. Tapi ia adalah permulaan untuk kejayaan (quotes by pamiesz)

Gagal..tak semestinya dalam pelajaran..gagal dalam bercinta, gagal dalam perlumbaan, gagal dalam makan..eh ada ke gagal untuk makan..ada la wei..ada orang gagal untuk makan nasi..bila makan nasi je dia muntah, tu gagal juga namanya hehe

Tapi siapa yang tak pernah gagal? Kalau ada siapa2 yang tak pernah gagal, memang tak lengkap hidup dia. Sebab hidup ni kan macam roda, kejap kita di atas, kejap kita di bawah. Kadang-kadang bila kita di atas, kita terlalu asyik sampai terlupa yang kita bukan sentiasa di atas. Jadi Allah akan memberi kita ujian untuk kita berfikir dan menilai kesalahan kita yang lalu. Itu juga tanda kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Kita jatuh sebab Allah nak kita lagi berusaha , kalau tak kita tak akan sedar dan bersyukur dengan apa yg kita ada di sekeliling kita (quotes by angah)


Siri-siri kegagalan aku : masa sekolah dulu, aku boleh dikatakan antara pelajar yang bijak. Semua orang pun anggap aku bijak. Dari tadika, mesti dapat nombor satu, masuk sekolah rendah pun, aku akan dapat nombor satu hingga tiga, kira tiap-tiap tahun mesti naik pentas amik hadiah. Sekolah menengah pula, dah tak dapat nombor satu hingga tiga tapi still top 10 dalam kelas. Dan part yang paling best, tak pernah gagal subjek add math, fizik, kimia, biologi yang orang lain kebanyakannya gagal huhu Walaupun tak gagal, tapi tak de la power pun markahnya, atas pagar je.

Jadi pendek kata masa sekolah dulu, aku jarang menemui kegagalan. Gagal bercinta pun tak pernah sebab reject orang aku pernah la :p

Tapi lepas tamat je sekolah, habis je SPM , satu persatu kegagalan menemui aku. Dia kata “ hye, nama saya gagal, kita tak pernah jumpa kan? Saya nak berkenalan dengan awak boleh?”

Kegagalan pertama aku, ujian memandu, orang lain kalau gagal ujian memandu, gagal ujian jalan raya, tapi aku gagal ujian bukit. Frust betul sebab kawan aku dah lulus so kena amik ujian sekali. Sebab da gagal ujian bukit, bapa ku pun training aku drive kat bukit bukau dekat rumah aku dan selepas itu alhamdulillah berjaya dapat lesen kereta

Lepas tu sekali lagi diduga tak dapat melanjutkan pelajaran di matrikulasi, permohonan aku tak Berjaya. Sedih gila frust menonggeng betul sebab result aku ok la sangat dan patutnya memang layak masuk matrik tapi tak Berjaya. Sebab kawan2 aku yang resultnya lagi rendah dari aku pun dapat masuk matrik. Buat rayuan pun tak dapat wuwu GAGAL melanjutkan pelajaran di matrikulasi

Last2 aku masuk form 6 sebab aku tolak diploma sains di UiTM kota kinabalu. Masuk form 6 je, semangat belajar aku makin menurun. Kalau kat kelas tidur je. Result pun apa lagi..tidur juga la.

Bila STPM, result aku boleh tahan la tapi matematik aku gagal separuh hoho gagal jugak tu

Bajet dengan result tak seberapa tu, isi pulak kemasukan ke university yang terkenal macam UM, UKM, UiTM. U mana je nak terima result gitu. Tapi UDM, U yang aku tak pernah tahu pun kewujudannya sudi menerima aku belajar di sini walaupun dengan kos aku tak minta. Sekali lagi aku GAGAL mendapat kos pilihan tapi redha je sebab tak tahu pun nak belajar apa

Setelah 5 semester belajar di UDM ni pula, aku GAGAL satu subjek, design engineering and software testing. Memang sedih sangat apabila kawan2 lain lulus tapi kita gagal pula. Tapi aku bukan gagal sorang2 la. Gagal berjemaah huu tapi takut kena extend

Dalam percintaan pula..haa yang ni aku taw mesti korang bersemangat sikit nak dengar kan..bercinta? sekali kot pernah bercinta secara rasmi.yang lain..secara tak rasmi banyak la dan secara yang tak rasmi tu la yang selalunya gagal. So tutup kisah cinta di sini

So gagal itu adalah asam garam dalam kehidupan. Memang takut nak gagal lagi tapi itu la yang mengajar kita dan menguatkan kita. Dan yang paling penting kita akan terjaga dari tidur yang nyenyak lagi indah. Dan akan lebih berusaha dengan kuat dan tak main2 lagi

Segala yang berlaku ada hikmahnya dan setiap kegagalan aku tu memang aku terjumpa dengan hikmahnya walaupun aku tak de kawan bernana ‘Hikmah’.

Jadi masuk tahun baru ni, memang dengan semangat berkobar2 nak belajar bersunguh2 dan kuat. Harap2 istiqamah sampai habis belajar.


12 comments:

[Fadilah Diyana] said...
This comment has been removed by the author.
A d'Z said...

mnrik title post ni. tggu eden punyo lak tau! siri2 kgagalan ye? beres2...

tEHa said...

semoge trs menemui kejayaan di mase hdpn..pray for u!

ahmad endo said...

biasalah kehidupan mesti balace...kalo berjaya mesti gagal...hehehe

AJ said...

Good Luck..Usaha tangga Kejayaan,,

http://eyriqazz.blogspot.com/

aunieZ said...

hoho ye setiap kejayaan mesti ade kgagalan terselit di sebaliknya so nanti kita makin boleh bjaya..btol x? :)

Khalifah Kecil said...

Apa yang lebih menakutkan, ialah kegagalan berbuat amal kebajikan dan meninggalkan kemungkaran. Kelak Allah akan menayangkan kembali segala perbuatan kita di dunia.

Di situ baru rasa sesal dan gagal dalam hidup. Ayuh, kita masih punya waktu untuk berjaya dunia akhirat.

Nabil Norhalim said...

gagal itu hasil..kemenangan juga hasil..hasil dari sesuatu yang mendorong iaitu usaha..usaha yang mulia itulah kemenangan abadi.ada yg mendapatkan 2.0 lebih setelah usaha yg gigih..orang ini patut dipuji kerana usahanya yg mulia..walau dia tidak juara disisi manusia..tidak diiktiraf disisi manusia..namun dia juara di mata ilahi..
gagal boleh dikatakan musibah..namun setiap musibah didatangkan sekali dengan hikmah..itulah tujuan gagal..kita bukan firaun.yg tiap masa sihat,kaya..hikmah supaya kita kembali kepadaNya..
jadi...
berbanggalah dengan kegagalan dengan sifat Redha..dan tekad untuk perbaiki kesilapan lantas melupakan kegagalan/kesilapan/kesalahan/kekurangan yg menyelubungi hati kelam..let past be da past..think to moving 4wd..up up man..

[Fadilah Diyana] said...

Haziqah, kita kontra dgn awk...kita masa darjah2 dulu teruk giller...mana reti nak pegang buku lama2...naik sekolah menengah barulah terbuka skit minda...pastu masa form5 kita gagal dapatkan apa yg kita nak walaupun keputusan spm kita sama dgn awak(cuma bil subjek xsama)pastu result yg best2 bermula sejak kita masuk tgkatan 6... sebenarnya kita rasa setiap kejayaan tu pasti pernah bertemu dgn kegagalan...so dont give up ya...sempat lagi nak score tapi kena kurangkan skit aktiviti lah...hehehe...awk bz giller mcm yb plak...ikhlas ni,jgn marah ye...

DhiyaNadia said...

besh post yg nie ...!

mnarik tuk d baca ...!

anyway, u still my kazen yg paling bijak nadia knal ...!

hehehe!

tcare k!

Faris Adli Jamian said...

orang yang bijak bukan orang yang tidak pernah gagal tapi orang yang belajar dari setiap kesilapannya

aunieZ said...

KHALIFAH KECIK N MUJAHID ANBU : Thanks 4 da kata2 smangat yg sungguh puitis :)

FADILAH - stiapa org bbeza2 dugaan dan masa tp kgagalan itu pasti utk mnjadikan kite manusia hebat :D insyaallah sem ni da x tlibat scara aktif lg he

CIK EPAL - btul tu..xde istiqamah x gne berazam he

NADIA - buat sy snyum smpai kembang sgala2nya haha thnks dear

FARIS - jom kita sama2 berusaha dan mncapai kejayaan

Google