Wednesday, December 02, 2009

jangan korbankan segalanya


“Pengorbanan yang terbaik adalah pengorbanan meninggalkan kemungkaran sungguhpun kemungkaran itu sesuatu yang mengasyikkan”
Orang kata buat jahat senang sangat tapi nak buat baik kan susah. Contohnya macam nak suruh puasa sunat, punyalah liat. Tapi cuba suruh pergi berparti ke, sure tak sabar2 nak pergi

Dan bila kemungkaran itu dah sebati dengan jiwa, lagi la tak nampak benda itu satu kesalahan. Seronok je rasa buat kemungkaran tu. Rasa asyik sungguh.


Jadi bila nak tinggalkan kemungkaran itu, bukankah perlu pengorbanan dan azam yang sungguh kuat untuk meninggalkannya? Ditambah lagi dengan syaitan dan nafsu yang jahat yang sentiasa mengajak dan memujuk rayu melakukan kemungkaran itu kembali?
Syarat-syarat Taubat
-Hendaknya ia meninggalkan maksiat tersebut.
-Menyesali perbuatannya.
-Berniat teguh untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut selama-lamanya.


Hari raya Idiladha kali ni, kami sekeluarga plus adik beradik abah beraya di Sungai Gerisek , Muar , Johor. Saya suka bila keluarga besar berkumpul ramai2. Teringat arwah atok dulu suka kumpulkan anak dia ramai2. Jadi kami macam dah terbiasa dengan amalan arwah atok dulu berkumpul bersama keluarga.

Kumpul ramai2 pun bukan saje2. Pastinya dengan niat tulus dan suci iaitu merapatkan silaturrahim, buat tahlil dan menyedekahkan doa kepada ahli keluarga yang sudah menginggal dunia (إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُApabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya –HR Muslim), menunaikan solat berjemaah di rumah, dan pastinya sempena hari raya ini , menunaikan qurban seperti yang disunatkan.


Buat pengetahuan anda semua, lembu yang hendak diqurbankan mempunyai 7 bahagian. So anda boleh membeli satu bahagian yang harganya lebih kurang RM 300 – RM 400. Apa gunanya kite berqurban ni? Macam tak nampak pun untung selain dapat makan daging je. Kalau qurban pun, seorang peserta boleh dapat 3kg je daging. Berbaloi ke? Tapi sebenarnya binatang yang kite qurban itu akan menjadi tunggangan kita di akhirat kelak. Macamana pulak kalau seekor lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian, tak kan 7 orang akan naik satu lembu kat akhirat nanti? Pasal ini, hanya Allah yang tahu. Kita sendiri tak tahu bagaimanakah keadaan kita di sana, apatah lagi boleh membayangkan perkara ghaib seperti ini


Bertolak ke kampung hari Rabu, awal gila semangat. Sampai di sana, sudah tertambat 2 ekor lembu di belakang rumah. Macam biasa, mula2 si pengecut binatang Haziqah ni mana nak datang dekat dengan lembu.abah yang pergi bagi makan dekat lembu tu diikuti adik2 ku yang memang suka binatang terutamanya aisyah dan Hanani.


Hari- hari seterusnya , semakin berani beramah mesra dengan si lembu. Semakin berani memberi makan kepada lembu dan menyentuh lembu. Badan lembu itu sungguh tegap dan best belai dia hoho.Dua2 pun lembu jantan. Tapi seekor tu jinak je dan suka makan, suap je pasti ngap dimasukkan terus ke dalam perutnya yang ada empat itu. Siapa tahu lembu ada 4 perut?

Nak tahu tak, bila lembu makan dia tak kunyah sebab dia tak de air liur amylase untuk mencernakan terus makanan yang dimakannya itu tapi makanan tersebut, rumput lah terus ditelan masuk ke dalam perut yang pertama. Kemudian lepas dia da penat nak makan, makanan yang da disimpan dalam perut tu, akan bawa balik kat mulut untuk dikunyah. haha jangan percaya sangat apa yang saya cerita ni. Lagi2 budak nak amik SPM Biologi. Jangan ikut ajaran sesat ni, kalau fail saya tak tahu huahua


Adik saya yang bongsu, Aisyah tiba2 membuat janji manis bersama si lembu kononya kerana sayangkan lembu setelah banyak kali memberi makan kepada lembu yang diberi nama mmboo..tapi saya bagi nama lembu tu busah sempena nama adik saya haha jahat tak kakak ini?janji apa yang dibuat si budak 9 tahun tu? Berjanji tak akan makan daging lembu itu setelah disembelih. Sudahnya, hari lembu itu diqurban itu, semua lauk pun berasaskan daging lembu dan adik saya enggan nak makan. Tapi terpaksa tipu dia kata itu adalah daging lembu kedua wawawa


sila takut dan pengsan tengok darah



Saya suka tengok sepupu ipar saya rajin menolong dan bergotong bersama-sama melapah daging lembu. Saya berharap bakal suami saya pun ringan tulang seperti itu tapi siapakah bakal suami itu. Boleh tolong cari kan tak?


4 comments:

Sharinginfoz said...

yang penting ikhlas kan.... apa kata dtg tgk my blog...

Anonymous said...

meriahnye..hhu

aunieZ said...

SHARINGINFOZ - ikhlas la jugak huhu

JEN - hoho best mmg meriah ;)

aunieZ said...

he thnks cik epal :)

Google