
Setiap semester tanpa gagal (kecuali sem 2), saya akan ke majlis makan malam dan pra-graduasi fakulti Informatik UDM. Tapi kali ni Majlis Anugerah Dekan pun buat sekali dengan dinner sebab mungkin kekurangan bajet atau nak jimat bajet. Tetamu khas adalah Encik Nordin Jusoh, Dekan HEPA UDM. Tempat Batu Buruk Becah Resort

Kali ini temanya adalah ‘Arabian Night’. Oleh kerana itu, ramailah pak-pak Arab telah hadir pada malam itu bersama gadis-gadis Arab. Dan Prince yang telah dinobatkan pada malam itu bukanlah Pak Arab tapi Hang Sameon, hero zaman Melayu..macam mana hero Melayu boleh sesat di malam Arab :p

Baju saya adalah ditaja oleh ChantiqueGallery. ok auta di sini,mana ada siapa mahu menaja, beli sendiri la LOL. Terima kasih kepada sahabatku , Bari’ah kerana berusaha memastikan bajunya sempat sampai pada masanya walaupun kecuakan amat melanda ketika itu.

maaf junior Fatah kerana tiada gambar kita bersama disebabkan gambarnya masih belum menjadi milikku
Malam arab itu pula, macam kekurangan tempat duduk. Kasihan junior2 saya kerana terpaksa duduk di bawah jauh dari tempat utama. Tapi terima kasih banyak kerana memberi kelebihan kepada senior sebab dapat tempat di atas dan depan sekali heee

Makanan : OK
sound system : K.O
atucara majlis : kureng sebab kena tunggu lama baru dapat makan, tiada acara yang menarik, sama seperti semester2 sebelumnya, I am expecting something new perhaps
Lucky Draw : hadiah yang menarik sebab boleh digunakan , bukan sekadar perhiasan
pengacara : sweet :D
Dinner semester depan, senior2 mahu demand sedikit supaya menjadi dinner yang paling grand dengan acara2 yang menarik. Boleh?? Tunggu…kami bagi user requirement, anda laksanakan projek dengan jayanya.. :D
8 comments:
pergh!! baju jauh sudah mali..haha
cun2
er..auniez sudah semakin..... kurus??? er edit picture ka?
iniAku : haha sudah siap dipakai dan diabsuh heeee
azrul : kurus? alamak..sy rasa berat sy da naik tp msih nmpk kurus...huhu edit pic x mjadikan sy kurus hee
rainbow nyer 'pelangi' smart ah hahaha... sume cun especially tuan blog. melaram smp oqang kedah kata "tu dia aihhh" hehe :D
fewwittt!! ;P
pergh....malam doh jangok g 2..
lau siang aku xtau r....
hahhaaha..just joke
nak cakap baju 2 ok dengan U..huhu..
lawa tul kakak sy ni..hehe(~_~)
waa!! giler smart pengantin lelaki.kui kui kui
Post a Comment