Sunday, May 10, 2009

syurga di bawah tapak kaki ibu

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
sumber : Ibu Lebih Utama Berbanding Ayah.


mak saya paling best
walaupun korang kata mak korang lagi best
tapi mak saya tetap paling best
sebab dia yang curahkan kasih sayang pada saya sejak kecil lagi sampai saya berumur 22 tahun ni
dia yang mengajar saya sampai menjadi seorang yang pandai dengan hanya mengajar saya sesimple pelajaran abjad ABC dan alif ba ta sampai kena denda berdiri atas kerusi
dia doakan saya tiap2 hari tanpa jemu
dia sentiasa mahu yang terbaik untuk anaknya walaupun anak dia nakal dan degil belaka
dia tak jemu menyediakan makanan untuk anak2nya tiap2 hari sampai tak tahu nak masak apa
dia bagi saya duit belanja bila saya balik cuti sem walaupun dia tak bekerja
dia juga role model saya dalam menjadi seorang yang berguna
dia banyak bagi contoh tauladan kepada saya

walaupun saya selalu tak ikut cakap dia dan degil tapi dia tetap sayang saya walaupun dia tak tunjukkan
tapi saya tahu dia tetap sayang saya, kalau dia tak sayang saya mesti dia tak peduli sama saya bukan?
masa kecik2 dulu dan masa muda remaja, saya suka lawan cakap dia
tapi bila sudah dewasa sikit ni dan sudah bila berjauhan dan sudah pandai berpikir macam konon2 dah matang
saya akan berasa menyesal bila saya sakitkan hatinya
saya akan malu dan menangis bila rasa bersalah menyakiti hatinya
tapi saya sudah tak malu untuk meminta maaf daripadanya jika buat salah lagi
saya janji tak mahu sakitkan hatinya lagi
saya hanya mahu buat dia gembira
saya hanya mahu senangkannya
saya mahu balas jasanya walaupun saya tahu saya tak mungkin mampu untk membalas jasa seorang ibu
yang pasti saya tak mahu jadi anak derhaka yang tak mungkin akan bau syurga jika derhaka

tak dapat nak bayangkan jika dia sudah tiada
dan saya memang tak nak bayangkan sebab saya akan menangis
jasa mak sangat besar

saya bangga ada mak seperti dia
saya tak kisah jika dia tak vogue macam mak orang lain
tapi dia paling sedap masak masakan kegemaran saya , sambal ikan cencaru
orang lain takkan dapat buat sambal ikan cencaru yang superb seperti dia
dan juga jemput2 yang tak kan sama dengan orang lain juga
saya tak kisah dia tak bawa saya berjalan2
sebab saya yang akan bawa dia jalan2 satu hari nanti bila da kerja nanti, insyaAllah

hargailah ibu, mak , mama , ummi kamu selagi dia masih ada
jika dia sudah tiada kepada siapa lagi kamu nak curahkan kasih sayang
jangan lah lawan kata2 ibumu sebab mereka lebih tahu dan makan garam dahulu dari kita
dan ibu2 di seluruh dunia hanya mahu yang terbaik untuk anak2nya

dan lelaki2 yang sudah atau bakal berkahwin, jangan lupa ibumu walaupun kamu sudah berkahwin dan sayang sangat dengan isteri kamu, sebab syurga tetap di bawah tapak kaki ibu
tapi yang perempuan pula,syurga di bawah tapak kaki suami tapi itu bukan syarat untuk melupakan ibumu kerana kamu juga bakal menjadi seorang ibu

jadi bila saya dah kahwin nanti saya tak akan kisah jika suami saya melebihkan ibunya dari saya, sebab saya tahu ibunya lebih memahami dan lebih penting dalam hidupnya
dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu lebih tinggi

"kepada mak yang disayangi long sayang mak sangat2 walaupun long tak tunjuk sangat macam adik2 yang lain tapi mak tetap nombor satu di hati long.. sayang mak sangat2..! tak sabar nak kerja nanti sebab nak balas jasa mak dengan duit gaji long walaupun tak banyak mana, nak jaga mak bila da tua nanti, doakan long dapat suami yang memahami ye supaya dapat jaga mak nanti. long tak mungkin mampu balas jasa mak tapi long akan cuba yang terbaik menjadi anak yang solehah walaupun long bukan anak feveret...sayang mak sangat2!!!!"

selamat hari ibu !!!

p/s: mak saya baca blog saya tau.dia antara pembaca blog saya yang setia ;)


9 comments:

fezaL Mohd said...

wahhh anda anak yang baekk. ;)

_anees^ said...

mesti g nando's!
hhehehe

Evi LoLyta said...

krm salam mak awk :) nati awk pn kna jd seorg ibu yg bek mcm mak awk ey

aunieZ said...

FEZAL - He insyaAllah ;)

ANESS - kali ni bkn di nandos he

EVI LOLYTA - insyaAllah ;)

[Fadilah Diyana] said...

haziqah,mak awk baca blog awk???wow..........xterkata dah ni...best giller!!!

aunieZ said...

aah mak kit bca blog kita tapi entri yg ni dia tak baca lagi sbb tu kdg2 entri nye harus cover2 huhu

farah ain said...

emm bestnyer mak baca blog..hehehe..
fara tulis surat kat mak kalau fara wat sala..hehehe..betul..da banyak surat mak simpan..

Iemochi Arihyoshi said...

kecik2 dulu nakal eh

aunieZ said...

FARAH AIN- he bgus jugak tulis surat kat mak kalu wat salah tak la segan sgt nk minta maaf..janji kita minta maaf kan.. ;)

IEMOCHI - rasanya sume org masa kcik2 dulu nakal kna..eh bukan ye he

Google