Tuesday, May 31, 2011

Good job MPP UniSZA 2011


Saya kagum dengan MPP UniSZA tahun ni. Mereka menjalankan tugas dengan amat fantastic. Banyak masalah yang mereka dapat selesaikan dan tangani sebaiknya. Plus, semua masalah dan cadangan diambil tindakan segera. Even ada cadangan saya pun dorang gunakan . rasa terharu ^_^ [ ceh prasan ]

Setiap kepimpinan MPP, pasti ada cabaran yang besar menanti mereka. Kita dapat melihat respon mereka terhadap masalah2 tersebut. Aduan, makian, cacian, teguran para pelajar sepatutnya dihandlekan sebaik mungkin. Kalau student tengah marah, tak elok rasanya kita menambah kemarahan mereka. Why not dengar, dan cuba pahami apa yang mereka rasa dan jawap dengan mesra. Bak kata  Abi Hurairah dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah “Budi bahasa budaya kita” .Pasti student2 pun akan berasa senang dengan jawapan yang diberi. Bila kita da dengar, kita cari jalan untuk atasi dan selesaikan. Beri mereka satu jalan penyelesaian atau tindakan yang boleh diambil oleh mereka.

Apa yang saya lihat pada kepimpinan kali ini, memang mereka pantas bertindak dan membantu student menyelesaikan masalah yang timbul. Contohnya sekarang, ramai student tak dapat tinggal di asrama kerana tak isi borang merit. Ada sebilangan yang isi juga, tak dapat tinggal di asrama. Ini suatu perkara dan masalah baru yang timbul kerana selama ini semua student dapat tinggal di asrama. Ada pihak yang menyalahkan student kerana tak isi borang merit. Mungkin salah student juga tak isi borang merit, tapi dengarnya system merit ni baru sahaja dilancarkan dan kebanyakan student tak amik cakna pasal merit ni. Jadi ramai la yang tak dapat tinggal di asrama.  Kita tak boleh juga nak salahkan student seratus peratus juga, mungkin student menganggap tak penting merit itu kerana tiada promosi secara besar2an.

Saya puji MPP UniSZA kali ini kerna memanfaatkan facebook sebagai social media yang paling femes masa kini sepenuhnya. Mungkin ada orang salahkan student, buka facebook boleh, nak buka portal tak reti2. Kenapa dorang tak try memanfaatkan facebook. Kan sekarang dah zaman facebook. So tak salah maklumat2 dikongsi bersama di facebook.

Di facebook MPP UniSZA , kita dapat lihat segala berita dan update terkini tentang kerja2 yang mereka dah jalankan. Contohnya dalam kes asrama ni, mereka memberi solusi kepada student yang tidak dapat tinggal di asrama, cara2 untuk memohon asrama semula, siap dengan format sekali. Klik sini untuk format surat rayuan asrama UniSZA. So lepas ni tiada siapa dapat mempertikaikan kerja mereka. And the best thing is, saya tak nampak lagi student mengutuk dan marah2 MPP kali ini. Sebab tak de benda yang dorang buat salah. So buat apa dorang nak marah betul tak?

Pasal asrama, saya pasti MPP akan turun padang bersama2 student dan akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. MPP atau nama penuhnya Majlis Perwakilan Pelajar, adalah wakil kepada pelajar. Jadi tak salah untuk pelajar mengadu kepada mereka dan mereka menjadi wakil untuk menyelesaikan aduan pelajar. Bukan untuk manjakan pelajar tapi bukankah kebiasaannya masa kempen pilhanraya, masing2 berkobar2 berjanji untuk menjaga kebajikan pelajar. Kalau bukan MPP sama2 memperjuangkan hak pelajar, siapa lagi yang student boleh harapkan. Contohnya jika sebuah kerajaan tak menjaga kebajikan rakyatnya, atau majikan yang tak menjaga kebajikan pekerjanya, alasannnya, supaya rakyat atau pekerja tersebut belajar berdikari, tak boleh la nak hidup senang je. Tapi hakikatnya rakyat atau pekerja yang menanggung beban hidup, sedangkan orang yang berkuasa bersenang lenang. Dan kalau nak ikutkan contoh kepimpinan, saidina Umar, beliau pernah berkata tak layak untuk beliau makan sedap2 dan hidup senang sedangkan ada rakyat lain ada yang tak makan dan kelaparan. Ini baru kepimpinan teladan.

Kalau nak suruh pelajar berdikari, mungkin boleh tapi biarlah kena caranya. Untuk pelajar yang tidak dapat tinggal di asrama mencari rumah sewa, mungkin sesuatu yang agak payah bagi mereka. Rumah sewa sekitar gong badak pun , saya rasa tak banyak sebab yang menyewa di luar sebelum ni, ada la beberapa kumpulan pelajar, selain pelajar UMT. So nak cari rumah sewa yang kosong, mungkin sesuatu yang agak sukar. Kalau ada pun, mungkin jauh dari gong badak seperti di Padang Nenas dan sewaktu dengannya. Student2 UniSZA pun bukan semuanya orang kaya. Kalau masing2 ada kenderaan, tak mustahil la untuk mereka berulang alik dari UniSZa ke rumah sewa. Buatnya pelajar itu orang susah, kais pagi,makan pagi, kelas pulak dari pukul 8am dan habis untuk sesetengah hari pukul 11pm, tak ke haru dorang nak balik rumah dengan tiada transport? Kalau duduk sekitar gong badak boleh tahan lagi kot nak jalan kai atau naik basikal, tapi kalau yang duduk di sekitar Padang Nenas, perempuan pulak tu, tak pasal2 timbul kes lain pulak

Penyelesaian yang mungkin boleh digunakan untuk masalah ini kepada pelajar yang tak dapat tinggal di asrama, adalah MPP bersama2 pelajar mencari kawasan yang mempunyai banyak rumah sewa supaya bas UniSZA dapat mengambil student2 yang tinggal di luat UniSZA.  Apa gunanya student bayar banyak2 untuk yuran perkhidmatan jika perkhidmatan bas tak digunakan sebaiknya.

Kepada MPP UniSZA, sekalung tahniah diucapkan kerana kalian telah menjalankan tugas sebaik mungkin. Suka sangat melihat kalian berkerja bersama2 dan menjawap semua persoalan dan aduan pelajar dengan mesra sekali. Saya bangga dengan kalian dan mendoakan kalian sentiasa suskes sokmo.

Siapa kat Haziqah Auni hanya reti kutuk MPP je? Kalau mereka jalankan tugas sebaik mungkin, tiada sebab saya mengutuk mereka, malah saya memberi sokongan padu kepada mereka. Good Job MPP UniSZA 2011/2012 terutamanya to Mr. Presiden, ISA Yusof

More about MPP UniSZA at their blog . Cantik blog dorang. Ada style korporat. I like! and maybe MPP colour theme for this year is purple, am i right ? =)

P/S : Behind a great man, there is a great woman ^_^


8 comments:

Unknown said...

ye aku bersetuju sekali dengan pendapat kau..bagi aku mpp sekarang lebih baik dari yang lepas..

masih terasa di hati dengan ayat mpp yang lepas "jangan report kat kami pasal isu air kalau tak report kat pejabat asrama"..agaknya kalau mpp ni wujud lagi sekarang, mungkin dia akan kata macam ni pasal pelajar tak dapat asrama "tu la siapa suruh tak isi borang merit? pegi la buat surat rayuan untuk duduk asrama"

aunieZ said...

hehe bnda yg lpas jgn dikenang..jd kn pngjaran utk msa dpn yg lbih baik :)

Ihsan Arifin said...

tugas mpp berat kuttttttt

Fahmi Raazali said...

erm... mpp kali ni style dia orang bekerja lain sikit... tp tu la... tak tau pun ape keje yg dia orang buat... :-D

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniSZA said...

Behind a great man, there is a great woman ^_^....maksud??

aunieZ said...

MPP : U know who n what im talking bout..peace hehe

Anonymous said...

im going to be a part of unisza by this june..saya ade soalan sket nie..adakah semua plaja sem 1 akn ddk di asrama?ade x tempat2 untk bli brg keperluan yg terdekat?byk x public transportation kat sne??first time nk jejak terengganu..so saya just nk get ready..xde la culture shock sgt...or tersesat plak kat gong badak tu...btw..akk dlm course ape?

auniez said...

semua pelajar sem 1 akan dpt ddk asrama..ada giant, mydin. hock kee seng dlm 10-20 min dr kampus..boleh g sana naik van kuning...dpt kampus pon ada kedai runcit..blh bli brg kat sne jgk..

akak kos sains komputer tp da hbs blaja :)

Google