Thursday, June 30, 2011

Tempat Makan Puchong : Bumbu Bali

Second last day before finishing my internship at Nexus Mediaworks Sdn. Bhd., we went for a dinner at Bumbu Bali in Bandar Puteri Puchong. Eh which one actually my company’s name? er..both also can la hehe.


Apa kes tiba2 cakap2 omputih ni? Bumbu Bali, memang style ala Bali. Dekat je ngan ofiz ku, belakang je, jalan kaki pun boleh da sampai Bali. Magik kan? Bumbu Bali pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan TV3. So kalau dah pernah masuk program tu, sure sedap kan. Jom kita try!

Masuk restoran ni, pastikan anda membawa duit yang banyak kerana anda mungkin agak sedikit terkejut melihat harga makanan yang mahal jugak la. Paling murah, Garlic Bread, RM 6 and itulah makanan yang aku makan sebab aku tengah bajet gila ni tak cukup duit kot and itu sahaja yang aku mampu. Tapi walaupun garlic bread sahaja, rasanya boleh tahan sedap dan mengenyangkan. Dan lebih mengenyangkan lagi sebab kongsi2 makanan dengan ejah, Yana dan Fong yang sudi bagi saya makanan tambahan.

Makanan yang best kat sini dan harga pun banyak juga adalah Bali Toto. Dalam dia ada sotong celup tepung, otak2 yang dicucuk dengan batang serai, kepak ayam celup tepung. Memang kenyang makan ni dan sesuai dimakan untuk dua orang. Harganya pula adalah RM 42

Lipat Catuk, macam rojak tapi ketupat nasi,kuah kacang, telur rebus, rempeyek,tauhu goreng n sayur-mayur yang lain. Sedap. RM 15, ejah’s n maj’s food.

Chicken chop, RM 28 pun unik sebab ada tembikai. Nyum2. I love fruits

The drinks. Hazelnut Fredo and Cucumber Juice. Both not mine sebab I tak order air, kan kata bajet , tumpang air orang je T_T

#choosing
#enjoying
#full

Kalau nak makan sedap kat sini memang kenyang dan puas hati. Cuma duit dalam wallet make sure puas hati jugak ye

Another review about Bumbu Bali in Majdah’s blog

#Restoran yang kena datang lagi bila duit banyak.

Bumbu Bali
18 & 18-1, Jln Persiaran Puteri 1,
Bandar Puteri, 47100 Puchong.
Tel: 03-8061 8699

Kat mana tempat makan puchong yang best lagi? 


3 comments:

ovum dan sperma said...

aritu irwan dh nk bwk da aku makan kat sini...die dah penah makan kat sini..die kate sedap...pastu smpai2 tgk2 da tutup..belom ade rezeki nk makan sini~

Rain said...

huhu..tingat time kita g riyaz kak..
dh lama angah xkuar g tmpat mcm ni

aunieZ said...

amar : hehe nt nk dtg bgtaw aku, leh join ;)

angah : hoho nt knvo kte g riyaz nk?

Google