Jalan-jalan cari makan kali ni, kita terjah sebuah restoran di puchong iaitu Restoran Baser. Best dowh jalan2 cari makan ni. Kat Puchong ni, susah la nak cari restoran halal, lagi2 kat Bandar Puteri, Puchong. Tapi hasil kajian kerana dah bosan makan kat kedai belakang ofiz, maka jumpa jugak kedai makanan halal yang sedap di Puchong. Terima kasih kepada abang Google
Restoran Baser ni terletak di Bandar Puteri Puchong,dekat2 dengan DHL dan kuil singh. Apa yang ada kat restoran Baser ni? Restoran Baser ni famous dengan nasi briyani dan nasi ayamnya dan itu adalah makanan utama mereka. Restoran ni pun pernah masuk ‘Jalan-jalan Cari Makan’ kat TV3 tu. Retoran ni originally dari Kota Tinggi Johor and now da ada cawangan kat Puchong.
Kalau waktu lunch memang penuh la dan juga waktu malam. So lebih baik tempah dulu kalau nak selamat. Restoran ni dibuka setiap hari rasanya kecuali hari Jumaat sebab hari tu nak book untuk hari jumaat sebab lunch hour lama sikit tapi dia kata tutup pulak.
Ada macam2 jenis nasi briyani dan kami dah try nasi briyani ayam dan nasi briyani kambing. Rasa dia memang masyuk la..sedap especially kuah briyani dia. Nasi dia pun sedap juga tapi kalu berasnya panjang2, mesti lagi sedap. Daging dan ayam nya dimasak dengan sempurna dan teksturnya sangat lembut. Harganya pun sangat berpatutan, nasi briyani ayam = RM 8.50, nasi briyani kambing = RM 9. Nasi briyani johor pastinya enak digabungkan bersama air bandung. Air bandung johor dia letak air soda tapi air sodanya terlebih sudah. Tapi sedap jugak.
Nasi briyani kat sini memang favourite dan cepat habis. Ada sekali tu, kami datang lepas maghrib dan nak order nasi briyani, tapi dah sold out.
Makanya kami order nasi ayam. Nasi ayam pun ada macam2 jenis, ada nasi ayam biasa, nasi ayam black pepper, nasi ayam tiram ( er ye ke namanya gitu?), nasi ayam berlada. Tapi paling best nasi ayam blackpepper. Yang tu saya recommend.
So jom la try makanan best kat cni
Restoran Baser
32, jalan puteri 5/1, bandar puteri puchong
http://restoranbaser.blogspot.com/
Kat mana tempat makan puchong yang best lagi?
http://restoranbaser.blogspot.com/
Kat mana tempat makan puchong yang best lagi?
6 comments:
kau tak bawa pun aku time aku kat puchong..gambar model yang last tu cun sangat la..tergoda i :-)
haha mcm la smpy..kat johor kn bnyk
er apa significant gmbr model yg last tu dgn juadah
-> X-bsc
mksd nye..duta kdi mkanan tu la :p
selalu singgah restoren baser di Kota Tinggi
hehe nk g johor jauh..dpt gak mkn kt cni ;)
Post a Comment