Monday, March 16, 2009

kesilapan yang mengajar

sesiapa yang pernah uruskan sesuatu majlis semestinya boleh merasakan betapa beratnya tanggungjawab mengendalikan majlis itu.tapi selepas bersudahnya majlis itu, kelegaan yang tak dapat diungkapkan sudah terlepas bagai satu beban yang amat berat sudah dilepaskan

hasil sesuatu majlis itu akan dinilai oleh orang yang menghadirinya.sama ada selepas majlis itu kita akan dihentam atau dipuji kerana kerja yang kita buat

kadang2 bukan semua yang kita rancang mengikut apa yang kita harapkan.bayangkan suatu majlis yang besar langsung tiba2 satu bahagian mengalami kecacatan yang amat teruk.bagaimanakah agaknya persepsi orang terhadap majlis itu.yang akan dikritik dan dikutuk pastinya penganjur majlis itu


seperti juga Majlis Anugerah Dekan FIT yang berlangsung pada 12 mac 2009. dari awal lagi , aku sudah nampak sedikit kecelaruan ketika membuat kerja.mungkin exco2 kami masih baru lagi dan belum mempunyai pengalaman mengendalikan majlis yang besar walaupun ada exco yang berpengalaman.post mortem juga sudah dibuat dan tak perlulah aku menceritakan apa yang buruk berlaku sepanjang majlis itu.cuma aku berharap yang buruk itu jadikan pengajaran dan sempadan.


yang tidak cantik di majlis itu kita jadikan pengajaran supaya kita membuat lebih baik pada masa hadapan.mungkin aku sudah terbiasa mengendalikan sesuatu majlis yang kebanyakannya nampak cukup sempurna. bila tiba2 satu yang tak dijangka dirancang berlaku , kita boleh belajar bagaiamana mengawal emosi dan keadaan supaya majlis itu tetap berlangsung dengan jayanya.


ketika itu ,sekali lagi aku tidak dapat mengawal emosi.rasa nak marah ..mungkin da marah dan tertinggi suara..rasa nak menangis..rasa nak melompat..ye..perangai aku masih keanak2an lagi..maafkan aku kepada sesiapa yang telah dimarahi secara tak sengaja atau sengaja oleh aku. satu pengalaman yang menarik yang boleh kita jadikan iktibar utk FITs pada masa hadapan.tiada siapa yang betul atau salah, tapi yang penting belajarlah dari kesilapan sahabat2ku

tapi alhamdulillah , hadirin tidak nampak sangat kekalutan yang berlaku di luar..alhamdulillah majlis masih berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kecelaruan..pensyarah2 pun tidak marah2 atau merungut dengan apa yang berlaku


biasalah cacat cela yang berlangsung dalam suatu majlis memang tak dapat dielakkan tapi boleh diminimakan

mari kita cerita yang seronok pulak.yang seronoknya minggu ni aku tak de kokorikulum sebab jurulatih golf kami bagi cuti..weeee..tapi minggu depan kokorikulumnya sampai 4 jam..waaaa...


gambar dari blog 'Aizat

dan satu lagi cerita yang best adalah Debat piala NC.sejak bila pulak aku minat dengan debat ni? ahha...dah la fakulti aku tak hantar wakil.malu je..bila datang masa saringan debat tu..ramai yang bertanya
"FIT tak hantar wakil ke?"
ehe..apo eden nak jawab ni..nak suruh aku masuk? berangan lah..kalau cakap mesti tak lancar..apatah lagi nak berdebat..dengan suara yang terketar2 walaupun tak berdebar..huhu
"kak iqa pandai tulis blog mesti boleh bercakap dan pandai berdebat"
hoho..kalau menulis blog ni boleh pikir ayat dulu..lepas tu buat draf..baru lah publish hehe

aku dah memang boleh menjangkakan yang akan ke final kumpulan Izzudin , 'Aizat dan Duan.dan aku semestinya menyokong diorang di samping....lalalala..
"yes my dear , auni tetap sokong walaupun masa menjarakkan kita"

lalala :p tahniah kepada 'Aizat, Din dan Duan kerana berjaya menjadi johan debat kali ni..
nak video korang debat please...! hehe
dan mintak maaf sangat2 sebab tak dapat tengok korang di final..sedih sangat..hati bercampur baur bila debat sedang berlangsung kerana komitmen lain tak dapat dielakkan


komitmen lain itu adalah..majlis penyerahan sijil dan makan2 bersama mantan KKU.aku yang menguruskan semua perjalanan majlis tersebut.kami buat kecik2 je di cafe baru.makan mee hoon singapura yang ditempah di cafe noriha..walaupun Din, YDP KKU da bagi kebenaran untuk menonton debat tapi hati tak sedap pulak nak tinggalkan majlis begitu sahaja.tak pe lah..berkorban apa sahaja..huhu..rindu kepada sahabat2 seperjuangan di KKU dahulu..kami memang rapat dan semoga ukhwah yang dibina berkekalan..kak iqa sayang korang sume !


selamat hari jadi kepada junior saya long @ syazwani ! tq kepada junior2 dan maaf kerana menjadi tetamu yang menyibuk di majlis hari jadi korang weeeeeeeeeeeee


1 comment:

fezaL Mohd said...

standard lah
kalo urus majlis musti ade

masalah kecil.
tp overoll kita dapat
selesaikan dan

urus majlis dengan jaya.

aper yg penting
kerjasama diantara teamwork
samaada nk

majlis itu berjaya atau tk.?

;)

Google