Friday, January 23, 2009

bersemangat nak g mengundi tiba2..

mood aku masa pagi hari pilhanraya fakulti hancur sebab ejah lambat wuwu . mula2 da janji nak gi sebelom kul 9 pagi. then mesej la dia

" da siap?"

"ejah bangun lambat. k.iqa gi la dulu"

aduh terus menyirap darah pagi2 ni..terus jadi moody. iye la orang da siap2 bersemangat nak g mengundi tiba2 dia tak siap lagi..aku memang pantang dengan orang yang tak tepati masa..so untuk mengurangkan kemarahan yang menaik mendadak hiburkan diri sekejap dengan online. nasib baik internet da ok pagi2 ni..sabar haziqah sabar..wakil rakyat tak leh marah2 huhu

tiba2 dapat pulak mesej lagi..ingatkan ejah mesej dia da siap..

"bear da g tapak undi ni.senyap sunyi je kat cni"

eh dia da sampai dulu..da habis kelas rupe nye..aku yang nak g dulu dia plak leh smpai dulu huhu

then ejah mis kol plak kata dia da turun..aku gerak ke tapak mengundi di DKU dengan ejah n maj.sampai sana ternampak ja ,kawan bear dari jauh..mata meliar mencari bear ..owh dia kat tempat jual2 buku ..biar la dia..gi ngundi dulu..


syu , izah, alang n angah jadi sekretariat mpp untuk PR fakulti ni..semangat diorang jaga..tepat pilhan aku pilih dorang jadi sekretariat sebab aku tahu dorg memang minat buat keje gini. hehe tahniah kat korang ..sayang korang rajin buat keje..heee

sekali lagi mood aku dirosakkan..bear la plak..orang mesej tak balas..mesej 2-3 kali baru nak balas..da la masa tu orang tengah bad mood dia plak buat orang lagi moody..wuwu sangat mencabar pagi ni..mungkin disebabkan hormon tak seimbang..tah la..mak selalu kata " jangan ikut mood sangat.." memang da cuba tapi kadang2 tak berjaya..harus belajar lagi bersabar..


sebelum ke kelas ganti OOP pukul 10 am lepak2 kejap tepi DKU tengok orang datang mengundi.ramai nye yang datang mengundi adalah budak2 law..sume pakai baju hitam putih..bagus2 budak law..ksedaran mengundi sangat tinggi

petang tu dalam kul 2.30pm kami pon datang la ke bilik MPP untuk sesi pengiraan undi..tapi lambat betul start..sabar lagi menunggu..apa yang berlaku semasa pengiraan undi?

# FIT menjadi fakulti pertama undi dikira

# sebab nye ada calon2 dari FIT je yang datang hehe

# aku, ejah, shah, faris adalah calon2 FIT yang datang semasa proses pengiraan undi

# undi dikira dengan membaca nama calon yang dipangkah dan ditunjuk kepada calon

# tapi yang kurang puas hati,calon tak dibenarkan melihat berapa jumlah undi terkini untuk setiap calon

# pasangan2 calon yang femes :
acap - sharudin
syazwani - husna

# pasangan undian aku yang kelakar
haziqah - aizat :p

ingatkan masa proses kira undi tu da tak de peluang nak dapat dalam 11 kerusi tu..habis kira undi , kami tak dibenarkan melihat keputusan tak rasmi tu..dia kata kena tunggu pengumuman nanti pukul 5pm..

pelik ..memang pelik..kalau pilhanraya yang sebenar seperti plihanraya umum..calon2 n pemerhati boleh mengetahui keputusan tak rasmi semasa..makna nya jumlah undian bleh diketahui sepanjang masa..dalam erti kata lain.boleh tahu siapa undi yang banyak..yang sikit..yang leading skang ni..tapi PR fakulti UDM yang MPP jaga ni..agak pelik sebab tak boleh tengok nilai undian semasa..kalau MPP dulu, mereka siap tulis n kira lagi di whiteboard. tapi MPP kali ni mereka mengira undi dan mencatatnya di kertas saje..

bile ditanya
" MPP dulu bagi tengok jumah undian terkini.."
jawapan yang diterima
" itu dulu.."


assalamualalikum....adakah cara MPP lama buat proses kira undi itu tak relevan buat masa sekarang.. kalau macam tu..cara pilhanraya umum buat proses kira undi yang memaparkan jumlah undian terkini pon da tak betul la ye.. ke korang buat sistem baru ni..


adek2 MPP yang dihormati sekalian..mungkin adek2 kurang cakna atau tak pernah melihat proses pengiraan undi yang sebenar..tapi tak pe la..kesalahan kali ni jangan diulang lagi semasa PR kolej kediaman pula..nasihat kakak2 n abang2 yang lebih makan garam ni amik la sebgai pengajaraan..

bukan saya je yang kurang puas hati..mantan2 MPP pon kadang2 malas nak amik kesah pasal MPP baru yang kadang2 pelik sangat buat keje..sangat kelakar satu insiden yang diceritakan kepada aku oleh seorang mantan MT MPP yang lepas.masa tu dia pi tengok tempat mengundi. kat situ yang kelakar nye dia diikuti pok guard yang berpakaian preman..hoho..macam la mantan tu nak buat kecoh kat sana..takut sangat ke dengan dia hehe..insiden sama pernah berlaku terhadap mantan tersebut semasa penamaan calon pilhanraya kampus tahun lepas.ahha..asyik bercerita pasal mantan je..tu la..da berkawan dengan mantan nak buat camne hehe

setelah menunggu agak lama untuk keputusan rasmi pilihanraya fakulti 2009 diumumkan..ini la nama2 wakil rakyat yang baru untuk FITs
12) Khadijah - 8 undi
11) Hafieza Ismail - 8 undi
10 ) Sharudin - 11 undi
9) Najmi - 11 undi
8) Fadlisah - 12 undi
7) Aizat - 14 undi
6) Haziqah - 14 undi
5) Fauzi - 18 undi
4) Zukarnain - 20 undi
3) Syazwani - 33 undi
2) Husna - 34 undi
1) Acap - 40 undi
tahniah kepada yang terpilih..n alhamdulillah im one of them..a big thanks to allah, mummy n daddy , lil bro n sistas, frens , n orang2 yang mengundi saya n lecturers hoho :p


pelik kan..fakulti informatik tiba2 dapat 12 kerusi..sebab nye tempat ke 11 n 12 , jumlah undian adalah sama..maka setelah presiden MPP berbincang dengan exco hal pertubuhan kelab, FIT diberi kelonggaran untuk 12 kerusi yang dipilih

untuk 2 fakulti lain saya kurang arif keputusan nye cume saya tahu undian terbanyak FKI jatuh kepada Khairul Azwad n FUHA jatuh kepada saudara Burhan.tahniah diucapkan kepada mereka yang dipilih


peratus keluar mengundi dan undi dirosak tidak diumumkan..kenapa ye?
tapi aku tahu la jugak cket2..peratus keluar mengundi untuk :
FKI - 20%
FITS - 60 ++ %
FUHA - 85 %

agak2 siapa boleh bagitahu apakah sebab peratus keluar mengundi FKI telalu sedikit padahal FKI adalah fakulti yang paling ramai ahli nye..adakah disebakan kurang promosi? atau student2 FKI memboikot pilihanraya fakulti disebabkan masa yang terlalu suntuk untuk mengambil borang penamaan calon? atau sememangnya mereka tak tahu yang mereka harus wajib mengundi untuk memilih pemimpin mereka yang meraka rasa boleh memimpin mereka?

sebenarnya sebelum hari membuang undi berlangsung aku nak mencadangkan suapaya MPP buat pengumuman untuk mengajak mahasiswa mahasiswi keluar mengundi..tetapi kerana kekangan tertentu maka tak sempat la nak kabo kat diorang he. n sgt kasihan kepada hampir semua pelajar paling senior biotech .mereka x mengundi sbb dorang ckp dorang x tau langsung and then ade klas smpai la waktu mengundi abis........- Sumber : Zulhilmi boitech

tapi kalau macam ni la jumlah peratus keluar mengundi ..alamat kalau buat pilhanraya kampus pon belum tentu ramai yang keluar mengundi..rupa2nya mahasiswa mahasiswi UDM masih tak rasa pentingnya pilhanraya itu

last but not least, tahniah kpada pro M yang dapat menguasai kerusi PRK di UM,UIA, n UTM


17 comments:

end said...

salam..terima kasih atas report ini.. memang kaki mereport la akak nie kan..tapi hope sangat2 la report yg akak buat sahih.. nanti jadi fitnah plak.. tak baik mengaibkan nama universiti.. sayangilah udm, kerana di sini kita menimba ilmu.. MENIMBA ILMU KAK.. BUKANNYA MENIMBA...........

memang hari tue kelam kabut pun.. pelajar kluar ngundi tak umum pada waktu rasmi kerana proses pengiraan untuk fki masih lagi belum settle..so, umum nama calon n ranking undian saja.. tapi pada sebelah malamnya, mpp print out nama calon n undian serta peratus pelajar keluar mengundi n undi rosak.. semua tu terpampang kat notice board mpp..

kaunter undi ditutup pada pukul 2.45 petang.. maknanya, hanya ada 2jam 15 minit sahaja lagi untuk waktu rasmi pengumuman.. tak sempat kak.. saya sendiri yang mengira peratus pelajar yg keluar mengundi biarpun keadaan saya tak berapa stabil..by hook or by crook the process of election must be done.. pupuklah sifat sabar dalam diri kita nie kak..

okey, skang akak pun dah berada dalam organisi.. organisasi fit.. maka, menjadi tugas pemimpin untuk menyedarkan anak buah supaya kluar ngundi.. biar dapat challenge fakulti undang2 yg mana peratus budak law yg minoriti ini jauh lebih besar angkanya iaitu 85%.. boitech yg kedua.. kalau tak silap saya 70% something.. okey kak? bila akak dah berada dalam organisasi nanti, makanya, akak akan mengetahui lagi n berpengalaman lagi dalam kemahiran pengurusan.. PENGURUSAN MANUSIA KAK.. NAK URUSKAN ORANG.. BUKANNYA URUSKAN.......

ps: pelajar fki yg kuar ngundi 32% bukan 20% ye kak..sekian, terima kasih..

JADILAH SEORANG MAHASISWA YANG PROAKTIF DAN PROGRESIF SERTA PEKA TERHADAP SETIAP MAKLUMAT ICT DAN PAPAN KENYATAAN KAMPUS SAMA ADA DI BANGUNAN KULIAH, BANGUNAN H.E.P.A, ATAU KOLEJ KEDIAMAN…

aunieZ said...

ACAX yang dihormati, insyaAllah apa yang akak tulis dalam blog ni adalah fakta n hopefully bukan auta. kerana sayang nya akak kat UDM la akak mencoretkan apa yang berlaku. tak de niat langsung untuk mengaibkan nama UDM, hanya utk menegur yang mana yang tidak molek di pandangan manusia yang hina ni. kalau bukan akak yang berkata2 terangan mesti ada student yang lain berkata di belakang. bukankah lebih elok berkata2 terang2an darpada cakap belakang?

owhhh mungkin akak terlalu membandingkan gerak kerja MPP skang ni dengan yang dulu..tapi buat pengetahuan semua malam rabu tu ramai yang da balik kampong n pagi khamis jugak so kemungkinan besar ramai yang tak tengok keputusan rasmi di board MPP. akak tertunggu2 jugak keputusan rasmi di blog MPP tp smpai lening (10.25am , 24 Jan 09)tak de pon keptusan rasmi di blog MPP.so sape calon2 yang da balik tak dapat la taw kputusan rasmi nye

then y not just umumkan keputusan tak rasmi ? my dear sis..kalau betul nak buat pilhanraya n bagi student2 merasa suasana pilhanraya, buat la cara yang sebenar..pengumuman tak rasmi juga sama penting seperti keputusan rasmi..itu baru namanya telus..

yep..betul tu..tapi election 4 faculty da lepas..akak puji budak law sbb korang buat rapat umum..ade manifesto n dats y ramai kua mngundi..n plus ilmu yang korang belajar as lawyer pon membantu kesedaran utk pegi mngundi.but itu bukan tugas kami sangat sebnarnya..y not MPP tolong promote..n kenapa tak de banner or anytin else yg boleh tarik perhatian student utk g ngundi?

opps..sory..20% tu mungkin kputusan tak rasmi n akak dapat dr mulut zaim sndiri..

n thnks cos sudi komen apa yang akak coretkan

end said...

u r welcome...

end said...
This comment has been removed by the author.
end said...

terharu n kagum bila baca kata2 akak yg berbunyi seperti ini...


"but itu bukan tugas kami sangat sebnarnya.."

oh, syahdunye... =l

Ac@p T@iko said...

Erm..baru perasan blog kak ika ni.maybe sebelum ni tak amik tau sgt pasal blog.tapi skung rase cam best jek.By d way, sangat bangga sebab akak amat pihatin dengan fakulti kiter.Insyallah,saya dan exco yg lain akan memberi 200% untuk fakulti (Insyallah...)

'Aizat Annur said...

salam sume...special to acax n auniez...
Isu PR fakulti dh berlabuh tirai...
Dlm hal ni sy x nak menyalahkan MPP 100% namun sbg pemimpin kpd pelajar, maka ambillah ia sbg cabaran dan ujain.
Sy berkesempatan utk ikuti PR fakulti sebelum , semasa n selepas utk membuat perbandingan tntg PR fakulti zaman sy (masa jd pengerusi Pemilihan kolej kediaman, persatuan dan kelab 2008) dengan yg MPP 09 buat...totally its too different.Y?
Sy anggap PR fakulti MPP kali ini ada sdkt kebebasan dan demokrasi dr segi mmbr peluang kpd calon dr FUHA utk buat rapat umu dan inilah yg sy mahukan drp kalian MPP baru cuba terapkan dlm PR koleh kediaman x lama lg...Insya Allah bulan 2...
Tamparan yg plg hebat boleh ditujukan kpd saudara nabil.y?
Mengikut sumber tertentu,sy dimaklumkan bhw nabil tlh diminta oleh rkn mpp utk jumpa sy...n amat mendukacitakan hny soalan,'nak buat borang utk wakil calon x?'Knp nk susah2 utk rekodkan wakil calon?Pttnya calon shj diambil bukti sbg calon bertanding.
Perbezaan dan perbedaan byk berlaku dlm proses PR fakulti.Sy hrp sdr nabil boleh jawab soalan psl PR fakulti di sini juga mengenai persoalan ni dgn fakta bkn auta...
1.apakah tujuannya setiap pengundi boleh undi 2 je?
2.kenapa x ade banner n memo yg byk esp di asrama?iklan top up byk~
3.kenapa ada berlaku perubahan di saat akhir tntg kerusi yg dipertandingkan?
4.adakah wujud campur tangan mpp hal ehwal pertubuhan dlm PR fakulti?kalau ada minta2lah bertaubat sblm PR KK
5.borang AGM utk kelab persatuan ada x?bnd ni pntg utk exco ni coz nk contact ydp persatuan kelab senang...
6.tahniah utk nabil coz tll byk perubahan yg ko buat sehinggakan mpp yg keje utk hari ngundi x ade makan n minum2 pagi dan tgh hari..
to acax,tlg jgn ulangi kesilapan nabil.coba~elakkan dr mengundang dan membuka pintu fitnah mahasiswa/i tntg mpp.gud luck to mpp 09 PR KK-nnt kemunculan aku!
he3

'Aizat Annur said...

soalan no4 ralat:
adakah wujud campur tangan HEPA scr serius dlm PR fakulti?kalau ada minta2lah bertaubat sblm PR KK nnt

Anonymous said...

salam semua...maaf, kalau PR fakulti kali ini tidak sempurna...
satu penjelasan besar yg sy boleh bg, disebabkn pilihanraya kali ini di bwat dalam keadaan yg sgt tergesa2. sebab utama, kami, esp nabil xnak follow cdgn HEPA nk bwat pilihan raya nie bulan 2 n PR KK bulan 3...bg kami da terlalu lmbt. byk lg penjelasan yg sy boleh bg, dan byk lg ilmu yg sy perlu pelajari dari mantan MPP. harap ada masa, msg la sy. insyaALLAH, sy bersedia utk berbincg dan perbaiki kelemahan. maaf, da jarg guna no lama.
my new no- 0139982676.

"asrul"

end said...

terima kasih ejat n also owner blog nie.. kesilapan nabil adalah kesilapan kami semua dan kami semua yang sepatutnya baiki kembali kesilapan tersebut agar di lain masa segala apa yang diatur dan dirancang menjadi lebih sempurna.. swim n sink together.. tiada siapa yang tidak mahukan kesempurnaan tapi untuk mencapai kepada kesempurnaan perlu bertarung dengan halangan2 yg sudah pasti menjadi perantaraan antara kejayaan dan kegagalan..

benar apa yang asrul cakap.. mpp especially nabil xnak follow cadangan HEP yang mencadangkan supaya PR fac dibuat pada bulan febuari kerana terlalu lewat (tentu perkara ini mengudang lagi ketidakpuasan hati student kan)sekali gus menjelaskan kebenaran soalan no 4 yang dibangkitkan oleh ejat.. maknanya, tidak wujud pun campur tangan HEPA secara serius dlm PR fakulti.. persoalan no 4 dah dijelaskan secara tidak langsung..

dan apa yang sebenarnya, adalah komitmen daripada mantan sendiri untuk memastikan kelancaran sesuatu program besar yang dilaksanakan oleh mpp.. apa yang saya nampak hanya beberapa kerat mantan je yg turun padang.. sepatutnya, mantan mempunyai ukhuwwah islamiyyah yg erat dengan pelapis.. kalau nak harapkan ejat sorang, soalan saya mana 17 mantan yang lain.. kalau nak harapkan ejat dan kak mimi (mantan exco kebajikan) sahajan, maka soalan saya, mana 16 mantan yg lain?

pemimpin yang sebenar adalah mereka yang tetap tegar berdamping dengan perjuangan mereka walaupun mereka dah keluar dari organisasi mereka..

kepada para penggerak persatuan di udm, juga mahasiswa/i udm, kalian juga perlu melakukan anjakan paradigma atau setidaknya langkahan bertatih untuk memastikan universiti kita unggul setanding dengan universiti2 yg ada di malaysia dan juga mungkin di luar malaysia selaras dengan visi dan misi universiti kita yang mana tempat kita menimba ilmu, UDM..

sama kita berganding bahu mencapai kejayaan bersama..

ps: maaf, coretan melebihi 250 patah perkataan.. =)

aunieZ said...

ACAP TAIKO - ehe..bagus2 blog memang best..gunakalah blog ni sebagai medium yang sebaik2 nye. insyaAllah mari la sama2 memajukan FITS ke persada dunia..eceh..

AIZAT @ KAMPUS - thnks aizat semoga yang sapatotnye menjawab soalan yang dikemukan sebaiknye

ASRUL - owh..harap2 PR KK boleh dirancang dgn lebih teratur .MPP skang l;ebih ramaikan..kalau tak cukup kakitangan amik la sekrtariat tolong..kita manusia bukan mampu buat keje sorang2..guna la kakitangan yang ade dgn bermanfaat

ACAX - yep betul tu..mantan pon main peranan jugak..cuba berbaik2 dengan mantan..tanya la dengan penuh hormat insyaAllah mantan akan cuba menolong tapi kalau boleh nak tanya soalan biar la orang kata soalan yang bijok cket..smoga sama2 dapat belajar drpd ksilapan. learn from mistakes but dont repeat da mistakes ;)

MPP UDM 08/09 said...

anom nak cakap n nk respon.....=)

uihhhhh..byk nyer isu panas p/raya..anom jg trasa bahangnyer..

pepn, anom sgt xska klo ruangan cmni djadikn ruangan utk 'gado'..sgt xbest n xslesa..spttnya djadikn ruangan utk bdiskusi. btol x?
kte kn adek bradek..jgnla gado2 k... =)

anom mngaku mmg ader ksilapan yg phk kami da bt..mgkn jg silap anom sbb kurang memantau pgerakan PR kt sni n lbih tumpu pd PR kt KAMPUS KOTA..sbb e2 tugas yg d beri pd anom..tp stahu anom, stiap mlm anom mmg duk kt blik MPP tuh utk diskas mslh smasa PR(jk ade)..tp slalu seems ok jer..hikhikhik

alhamdulillah PR kt KOTA mmg bjln dgn lancar wpn ader sdkt mslh2 minor..tp xla sbesar isu yg dpdebatkan di KUSZA ni

1stly, bia anom ctr pjlnn PR kt kota utk pngetahuan semua..

amek borang sm spt pljr ln..17hb kt blik MPP blog B..

pnamaan calon dijlnkn di 'GLASS ROOM' KT KAMPUS KOTA, 18HB..

snarai nm calon dtampal pd board fakulti...

klulusan utk bkempen pown anom da mtk dr dekan n anom tampal kt board fakulti...

pbuangan undi djlnkn di Dewan Teater, 21 hb..(pangkah 2nama-bagi memudahkan pngundi mngundi calon yg btol2 bkualiti antra semua nm2 yg btanding)

kiraan undi djlnkn jg d Dewan Teater..dsaksikan oleh calon yg btanding..calon sndri yg mnetapkan sama ada borang undian blh dtrima ataw dkira sbg undian rosak..kiraan semasa undian calon dpancarkn mgunakan LCD ke skrin besar utk tontonan hadirin (bukti ktelusan kiraan undi)...

kptsn diumum serta merta..kptsn dprint skali dgn 'jumlah pngundi bdftr', 'jum keluar mngundi' dan 'jumlah undi rosak'..kesemua itu dsahkn oleh dekan n kmudiannya dtampal pd board fakulti utk pngetahuan semua pngundi...

anom mngaku ms anom n asrul blk ke blik MPP pd ptg 21 hb tuh mmg ader isu bsr dowg ctr...anom mngaku bhwa anom yg mnetapkan utk mletakkan ke2-2 nm pd calon ke 11 dan ke 12 yg mmpunyai jmlh undian yg sama utk FIT sbb pd anom ktowg hnya mbantu fakulti utk mcari pemimpin yg blh memimpin fakulti msg2. yg ln, biarlah fakulti yg ttpkn. lgpown jumlah max yg dbnarkn adlh 18. so, xslh utk mnetapkn peluang 12 krusi skali kpd FIT. yg pntg MT dyer still 6 owg kn...mslh slesai n anom trus blk blik sbb ms tuh anom lom smyg...

anom agak tkejut jg ms mlm anom g blik MPP tba2 ader bdk tnye result PR..sbb anom mmg da mtk dowg tampal result lps umum calon yg bjya..tp dsbbkn dowg nk bt elok2 ckit result tuh so dowg tmpl lmbt ckit..anom mtk maaf atas semua ksulitan tuh...

cmniela, sesetengah owg mgkn xnk dgr ble d tgur oleh owg yg xbpe rpt dgn dye..xkshla spe owg tu tmsukla MPP sndri n mgkn jg tmsukla anom(eh yke???)..tp sbg 'kkk' dlm organisasi MPP UDM nie..klo kowg ader xbknan kt ktowg kt mn2...ktowg bt silap ker..kowg bgtawla anom ek..tgur elok2 ek..mgkn anom blh tlg nshtkn adek2 anom tuh..nk tgur anom sndri pown blh..mgkn kowg blh send msg pd anom or ajak anom borak2 kt cafe ker(tp blnjerla mocha blended ker..hikhikhik..yg pntg kowg smpaiknla komen2 kowg tuh..klo anom rs bnda tuh plu dtgur n dperbtolkn, anom akn tgur n cb pbtolkn...yg pntg kte mcba kn...

honestly, anom mmg xbpe sng utk tgk kowg seolah-olah 'btelagah' dlm blog cmnie...so, kte gne pdekatan br utk mpbtolkn mn yg slh ek...

eh lpa nk bg no phone anom:
014-5119441(sntsa bsma)
012-6298161 (olwez on)
so plihla no mn yg ska...heheee

pepn, jgn gado lg taw..
utk abg aizat...anom mmg memerlukn nsht n respon dr abg aizat. hikhikhik...krg kte nego ek

k, pepn caayg kowg sumer..tataaaaaaaaa
=)

aunieZ said...

KAK ANOM - thnks cos sudi jwb persoalan yg dipersoalkan dgn baik n tenang he
best nye kan kampus kota sume jalan smooth je

owh by da way..aizat tu adek kak anom la..he..bkn abg :p

MPP UDM 08/09 said...

anomsaid ckp...

'abg' tu sbg tnda hormat jer..tp bkn ker aizat mmg nmpk mcm lg tua... hehehehe..(sowie aizat. sj jer nk ngutuk ko ckit. hihi)

pepn, mmg t/jwb anom utk explain de truth pd sumer owg..redakan kekusutan slagi blh...dharap pjelasan tuh dpt mnenangkn mn2 pihak yg xtng...

iqa ajakla mn2 kwn yg plukn pjelasan bout PR utk bc my comment kt blog iqa nie ek..klo nk explaination yg lbih detail...contact me k..jmpa kt mn2 ker..(eh, mcm nk gado plak.hihiii)

pepn, klo ader pape..msg me k(better gne no clcm k)..cpt ataw lmbt, anom psti akn respon gak pd msg2 tuh..

pepn,MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
eh silap..
TOGETHER WE ASPIRE, TOGETHER WE ACHIEVE..
hihihiiii
caayg kowg sumer
=)

Zul said...

pilihanraya kt kota mmg aman.....ramai org tertinggi UDM berada di kampus kota...bahaya kalo ade kekecohan...huhu

aaa said...

aduh, jgn la marah mpp baru, dah nama pun BARU, biasa la tu ada buat silap sikit2. Akak takkan la tak pernah buat silap kot. Mmg diakui, spatutnya kena bg tgk progress bil. undi, tp xperlu la marah dorg sampai g2 skali, kalau tak bg tgk pon rsnya xkan ada seleweng la, kat cni bukannya ada pngundi hantu pon :P

aunieZ said...

ZUL - ahah mmgpun sbb tu kat kota relek je kan hehe

AAA - er..tak marah..er..cuma marah sket je..tp x salahkan kalu kita menegur..kalu kita tak tegur siapa lagi nak tegurkan..sbb kita manusia kita tak nmpak ksalahan kita..hanya org lain je nampak ..jadi seorang sahabat @ kawan yg baik lah yg sebaik2nya mengur..tak gitu dik?
tp yang kita da salah tu terimalah teguran tu n betulkan kesalahan n jgn ulang lagi ksilapan tu n moga boleh jadi pengajaran kpd org lain juga ;)

Google